Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lawatan Khas: Sultan Brunei Berkenan Pandu Sendiri BMW Bawa Anwar Ke Seri Perdana

Nur Adnin
sultan brunei pandu bmw bawa anwar
Gambar: tangkap layar video Bernama

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan memandu sendiri kereta jenis BMW bagi membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuju ke Seri Perdana, Putrajaya.

Memetik laporan ringkas Bernama di Twitter sebentar tadi, baginda Sultan Hassanal Bolkiah memandu BMW berkenaan dari Pangkalan Tentera Udara Malaysia, Subang kira-kira pukul 11.45 pagi tadi.

Difahamkan, baginda Sultan Hassanal Bolkiah bersama Yang di-Pertuan Brunei bertandang ke negara ini bersempena dengan Lawatan Khas bagi mengunjungi Anwar Ibrahim yang baru dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10 24 November lepas.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: Bernama