Siakap Keli
Bintang Maghribi Cium Dahi Ibu
Kredit: Khaleej times

Berjaya Benam 2-0, Aksi Bintang Maghribi Cium Dahi Ibu Raikan Kemenangan Curi Tumpuan Dunia

Berjaya Benam 2-0, Aksi Bintang Maghribi Cium Dahi Ibu Raikan Kemenangan Curi Tumpuan Dunia

Achraf Hakimi, permain Maghribi yang merayakan kemenangan pasukannya 2-0 ke atas Belgium 2-0 dalam perlawanan Piala Dunia Ahad lepas mencuri tumpuan dunia apabila fotonya memeluk dan mencium dahi ibunya menjadi tular.

Adegan tersebut bukan sahaja memukau mata peminat di stadium Al-Thumama, malah ia turut menyentuh hati banyak pihak di seluruh dunia. Beliau yang penuh beremosi dilihat menghampiri ibunya, Saida Mou yang duduk tempat duduk penonton sebelum memeluk dan menciumnya, sebagai tanda terima kasih.

Saida Mou sebelum ini memang terkenal dan sering dianggap sebagai seorang ibu selebriti kerana menjadi inspirasi kepada Hakimi untuk berjaya dan juga ibu-ibu di luar sana.

Terdahulu, Maghribi mencipta sensasi bola sepak apabila berjaya menewaskan pasukan ranking nombor dua dunia dan sarat dengan bintang itu.

Dua jaringan daripada Roman Saiss pada minit ke-73 dan Zakaria Aboukhal pada minit ke 92 sudah cukup menidakkan hasrat Belgium untuk mencari kemenangan kedua dan mengesahkan kedudukan di pusingan 16 lebih awal.

Saingan kumpulan F kini kembali terbuka dengan pendahulu, Croatia berkongsi empat mata bersama Maghribi di tempat kedua dan Belgium di tangga ketiga dengan tiga mata. Manakala satu lagi pasukan, Kanada sah tersingkir selepas tewas dua perlawanan awal.

BACA: Terengganu Akan Tambah Pegawai Penguat Kuasa Syariah Tahun Depan – Exco

Sumber: khaleej times, Achraf Hakimi via Twitter

Shafikah