Siakap Keli
Clarence Gilyard Jr Meninggal Dunia
Kredit: Daily Star

Bintang Hollywood, Clarence Gilyard Jr Meninggal Dunia

Bintang terkenal Hollywood, Clarence Gilyard Jr disahkan meninggal dunia selepas menghidapi penyakit yang ditanggungnya sekian lama, lapor Daily Star.

Difahamkan, Gilyard yang berusia 66 tahun itu sangat dikenali kerana pernah muncul dalam filem blockbusters Top Gun dan Die Hard.

Bagaimanapun, punca kematiannya masih belum diketahui.

‘…menceburkan diri dalam dunia lakonan lebih kurang 30 tahun’

Imbas kembali, Gilyard menceburkan diri dalam dunia lakonan lebih kurang 30 tahun. Dalam filem, “Die Hard“, Gilyard memegang watak sebagai penggodam komputer Theo.

Menurut Daily Star, antara filem terkenalnya adalah Top Gun, di mana dia membawa watak pegawai penerbangan tentera laut Marcus “Sundown” William bersama Tom Cruise.

Clarence Gilyard Jr Meninggal Dunia
Kredit: Daily Star

Pada tahun 2020 juga, Gilyard turut muncul sebagai “Theo Die Hard” dalam iklan ‘Advanced Auto Parts‘ sempana meraikan jenama bateri DieHard.

Malah, iklan itu juga memaparkan wira legenda Bruce Willis, John McClane serta cameo oleh De’voreaux White yang memainkan watak pemandu limosin untuk Argyle dan Gilyard.

Lebih menarik lagi, Gilyard memberitahu Nevada Public Radio bahawa itu adalah pengalaman yang ‘surreal’.

‘pernah menjadi profesor…’

Sebelum menceburi dunia lakonan, Gilyard pernah menjadi profesor yang mengajar dalam bidang teater dan filem di Universiti Nevada Kolej Seni Halus, Las Vegas (UNLV).

Ekoran daripada itu, UNLV menyatakan Gilyard mempunyai bakat yang luar biasa sehingga menyebabkan dia sangat terkenal di universiti tersebut melalui sikapnya yang dedikasi untuk mengajar.

“Semangatnya yang jitu membuatkannya sentiasa bersedia untuk menyumbang kepada projek dan persembahan tidak kira apa pun terjadi.

“Kami mengingati Clarence dengan rasa bersyukur dan gembira atas semua sumbangannya di Kolej Seni Halus, UNLV dan pencapaian peribadinya yang mengagumkan kepada dunia,” tambah UNLV.

Clarence Gilyard Jr Meninggal Dunia
Kredit: Daily Star

Sementara itu, pengerusi filem UNLV, Dr. Heather Addison berkata, “Profesor Gilyard bagaikan cahaya pelita dan kekuatan untuk semua orang di UNLV.

“Setiap kali kami bertanya khabarnya, dia dengan gembira menyatakan bahawa dia ‘disenangi’ tetapi kami adalah orang yang ‘benar-benar disenangi ‘kerana menjadi rakan sekerja dan pelajarnya selama bertahun-tahun. Kami sayang dan akan merindui Profesor G!,” tambahnya.

Sumber: Daily Star

Florence Nuar