Siakap Keli
Mauna Loa Meletus Buat Pertama Kali
Gambar: USGS/Insider Paper

Gunung Berapi Aktif Terbesar Dunia, Mauna Loa Dilapor Meletus Buat Pertama Kali Selepas 38 Tahun

Gunung Berapi Aktif Terbesar Dunia, Mauna Loa Dilapor Meletus Buat Pertama Kali Selepas 38 Tahun

HONOLULU — Gunung berapi terbesar di dunia, Mauna Loa di Hawaii dilaporkan meletus buat pertama kali sejak tahun 1984, lapor CNN News.

Menurut Balai Cerap, letusan gunung berapi itu dilaporkan berlaku sekitar jam 11.30 malam waktu tempatan semalam di Moku’āweoweo, kaldera puncak Mauna Loa.

Menerusi video yang berjaya dirakam oleh seorang penduduk, dapat disaksikan warna langit yang seakan kemerahan di sepanjang pantai barat Big Island.

Jabatan Geologi Amerika Syarikat melaporkan bahawa kejadian itu tidak mengancam nyawa penduduk namun letusan berkenaan menyebabkan lava mengalir ke sisi bawah gunung.

Sementara itu, Perkhidmatan Cuaca Honolulu menjelaskan bahawa syarikat penerbangan Southwest Airlines telah membatalkan lima penerbangannya untuk ke kawasan itu dan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hilo (ITO).

Hal itu dilaksanakan susulan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat memaklumkan dalam satu kenyataan bahawa pihaknya sedang memantau berhubung letusan gunung berapi itu dan mengeluarkan amaran trafik udara.

Gambar: Courtesy David A. Higgins

Dalam pada itu, Pejabat Honolulu memberi amaran kepada mereka yang mempunyai masalah pernafasan untuk kekal berada di dalam rumah bagi mengelakkan daripada menyedut abu dan masyarakat dinasihatkan memakai topeng atau kain bagi menutup hidung.

Sehingga kini tiada ancaman terhadap penduduk sekitar dan arahan untuk berpindah belum dikeluarkan. Bagaimanapun, dua pusat pemindahan telah dibuka sebagai langkah berjaga-jaga.

Untuk pengetahuan, Mauna Loa meliputi sebahagian daripada kepulauan Hawaii dan gunung berapi itu berjaya merekodkan 33 kali letusan hingga tahun 1984.

Sejak dari itu, ia kembali ‘tidur’ seketika selama hampir 40 tahun, menjadikannya sebagai rekod paling lama sebelum ia meletus semalam, lapor Jabatan Geologi Amerika Syarikat.

Sumber: CNN News

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?