Siakap Keli
Gambar: US Coast Guard Sector New Orleans

Lelaki Dilapor Hilang Ditemui Selepas 24 Jam Terkandas Tengah Laut

Lelaki Dilapor Hilang Ditemui Selepas 24 Jam Terkandas Tengah Laut

MEXICO – Seorang lelaki berusia 28 tahun yang dilaporkan telah hilang dari sebuah kapal persiaran Carnival Valor, ditemui masih hidup di Teluk Mexico.

Memetik laporan Ladbible, lelaki itu cuba mendapatkan perhatian anggota penyelamat ketika dia sedang berenang melawan arus demi menyelamatkan diri.

Kredit: US Coast Guard Sector New Orleans

Sementara itu, pencarian tersebut melibatkan sebuah bot kecil dari Venice, Florida dan sebuah helikopter yang berpangkalan di New Orleans.

Kredit: Panther Media GmbH

Malah, pesawat dari Clearwater, Florida dan Mobile, Alama turut menyertai misi menyelamat yang telah menjangkau lebih 200 batu (321 km) di Teluk Mexico.

Dalam pada itu, mangsa dipercayai telah hilang dari kapal persiaran kira-kira jam 2.30 petang pada Rabu.

Kemudian, mangsa diselamatkan kira-kira 20 batu (32 km) dari selatan Louisiana pada hari Khamis jam 8.30 malam.

Lelaki tersebut telah terkandas selama lebih daripada 24 jam sebelum diselamatkan oleh Pengawal Pantai AS.

Ditemui oleh kru kapal pukal Crinis, operasi menyelamat itu dianggap sebagai keajaiban.

Lelaki tersebut telah menerima rawatan pdari pakar perubatan di Lapangan Terbang New Orleans Lakefront.

Malah, dia dikatakan berada dalam keadaan stabil walaupun mengalami situasi yang menakutkan.

Menurut penyelaras misi Pengawal Pantai AS, Leftenan Seth Gross, mereka sangat bersyukur kerana misi tersebut berakhir dengan hasil yang positif.

“Ia memerlukan usaha berpasukan secara menyeluruh daripada pengawal pantai, kru dan rakan maritim profesional yang beroperasi di Teluk Mexico untuk mencari individu yang hilang dan membawanya ke tempat yang selamat.

“Kes ini mungkin akan menjadi lebih sukar dan mencabar jika bukan kerana kru kapal Crinis yang telah berjaga dan berwaspada sepanjang misi pencarian,” jelas Leftenan Gross dalam sebuah kenyataan.

Sumber: Ladbible

Farah Nabilah