Siakap Keli
Kredit: Christian Albert Gaza

“Life Goals”, Umur Baru 29 Tahun, Lelaki Kongsi Dah Bercuti Ke 58 Buah Negara Seluruh Dunia

“Life Goals”, Umur Baru 29 Tahun, Lelaki Kongsi Dah Bercuti Ke 58 Buah Negara Seluruh Dunia

Keluar bercuti melihat tempat orang sememang impian majoriti daripada kita semua. Setelah bertahun berpenat lelah di meja pejabat mencapai target syarikat, ada kalanya kita ingin lari sebentar daripada dunia yang penuh dengan tekanan dan keluar membebaskan jiwa kan.

Biasanya, pada usia tertentu, dan sudah tentu apabila sudah punya duit yang banyak, kita meletakkan sasaran untuk menjejakkan kaki ke beberapa buah negara asing atau di negara-negara tertentu. Malah, bagi sebahagian daripada kita, ia dianggap sebagai life goals. 

Kalau dapat jejak kaki di salah sebuah negara yang sangat-sangat kita impikan untuk sampai, sudahpun dianggap sangat bertuah, bagaimana pula dengan perasaan kita ya apabila semua negara dalam senarai impian kita berjaya sampai?

Menerusi perkongsian seorang pemuda berasal dari Filipina di facebook yang dikenali sebagai Christian Albert Gaza atau Xian Gaza, pada usia 29 tahun, dia sudahpun menjelajah ke 58 buah negara di seluruh dunia. Dalam catatan facebooknya, dia juga berkongsi pengalaman mengembara dari satu negara ke negara lain.

58 buah negara tersebut adalah Filipina, Hong Kong, Macau, Taiwan, United Arab Emirates, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Malaysia, Vietnam, Indonesia, Myanmar, Kemboja, Brunei, Laos, India, Nepal, Sri Lanka, Maldives, Israel, Palestin, Brazil, Peru, Colombia, Ecuador, Bolivia, Georgia, Oman, Azerbaijan, Maghribi, Armenia, Perancis, Switzerland, Itali, Kota Vatican, Sepanyol, Portugal, Luxembourg, Belgium, Jerman, Republik Czech, Austria, Hungary, Poland, Lithuania, Latvia, Estonia, Finland, Denmark, Sweden, Norway, Iceland, Greece, Monaco. Malta dan Liechtenstein.

Namun begitu, secara teknikal, pemuda berkenaan mendedahkan hanya pernah melawat 57 negara sahaja kerana Hong Kong dan Macau adalah Wilayah Pentadbiran Khas China. Bagaimanapun kedua-dua wilayah ini mempunyai sistem pentadbiran yang tersendiri.

Katanya lagi, bagi mereka yang ingin melancong ke Kota Vatican, anda perlu melalui Rom, Itali sebelum tiba di kota tersebut. Manakala, jika ingin ke Monaco pula, anda perlu merentas Perancis, kecuali jika anda mempunya kapal layar sendiri dan anda boleh berbuat demikian melalui jalan laut.

Manakala untuk keLiechtenstein, anda perlu melalui Switzerland atau Austria kerana negara ini tidak mempunyai lapangan terbang sendiri dan jauh daripada laut.

Katanya, Vatican City adalah negara yang terkecil di dunia diikuti oleh Monaco. Liechtenstein, Vatican dan Monaco adalah tiga daripada enam negara mikro di Eropah. Menurutnya Wilayah Liechtenstein hanya satu per empat daripada Metro Manila.

Anda boleh melihat perkongsian penuh percutiannya menerusi ruangan komen pada hantaran tersebut selain meneroka album-album percutiannya.

Semoga kisahnya menjadi pembakar semangat buat kita semua yang mahu meneroka dunia.

Sumber: Christian Albert Gaza via Facebook

Shafikah