Siakap Keli
Kredit: LAD Bible

Sebab Terlalu Tua, “Influencer” Berusia 30 Tahun & Ke Atas Wajar Jauhi TikTok?

Pempengaruh media sosial yang sudah berusia lebih dari 30 tahun diminta untuk tidak menggunakan TikTok disebabkan mereka sudah terlalu tua untuk platform tersebut.

Begitulah satu pendapat yang dikeluarkan oleh pentadbir akaun tiktok InstagramCeleb Spellcheck apabila melalukan satu sesi soal jawab bersama pengikutnya.

Ketika ditanyakan mengenai siapakah selebriti Australia yang pelik dan sering menimbulkan rasa geli serta kurang menyenangkan, Celeb Spellcheck memberikan jawapan sangat pedas.

“Kami berpendapat pempengaruh ‘old school‘ yang berusia lebih daripada 30 tahun, yang mana mereka berjaya ketika bersama Instagram, namun tidak memberikan apa-apa faedah apabila bersama Tiktok.

“TikTok sangat berbeza dengan Instagram. Anda perlu tampilkan sesuatu yang baharu dan unik, memiliki wajah yang menarik sahaja tidak menjanjikan apa-apa. Tambahan pula, platform ini agak kejam,” katanya.

Gambar via LADBible

Walaupun penilaian pengurus halaman tersebut terhadap ruang lingkup media sosial agak kasar bagi sesetengah pihak, apa yang dikatakan tidak sepenuhnya salah.

Realitinya, kandungan unik dan usaha yang sangat keras diperlukan untuk berjaya di TikTok

Sejujurnya, TikTok merupakan sebuah arena kepada orang ramai untuk menjadi terkenal dan setiap hari, banyak klip pendek yang dibuat semata-mata untuk menjadikan ia tular di platform tersebut.

Bukan itu sahaja, kebanyakan orang muda kini lebih tertarik dengan prospek yang ditawarkan kepada pempengaruh TikTok dan perkara ini menyebabkan pempengaruh yang berusia dalam lingkungan 30 tahun perlu berdepan persaingan yang sangat sengit.

Mengikut sebuah tinjauan yang dijalankan pada tahun 2019 iaitu, ketika TikTok masih di peringkat awal, mereka mendapati bahawa sebahagian besar kanak-kanak ingin menjadi pengaruh media sosial apabila mereka sudah dewasa.

Selain itu, laporan, Morning Consult mendapati 86 peratus daripada kanak-kanak Amerika mengatakan hasarat mereka untuk menjadi penggiat kandungan pada satu hari nanti.

Bukan itu sahaja, terdapat 12 peratus responden yang mempercayai sudah menjadi seorang pempengaruh.

Bagaimana dengan anda? Berdasarkan pengamatan anda, adakah pempengaruh yang berusia lebih daripada 30 tahun masih relevan di TikTok ataupun tidak?

BACA: Padah Jawab Panggilan Misteri, ‘Influencer’ Tiktok Maut Ditembak

Sumber: LAD Bible

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma