Siakap Keli
Kredit: Facebook

Anjur Piala Dunia Sambil Dakwah, Qatar Sediakan Surau Lutsinar, Peminat Bola Tertarik Tengok Orang Solat

Anjur Piala Dunia Sambil Dakwah, Qatar Sediakan Surau Lutsinar, Peminat Bola Tertarik Tengok Orang Solat

Piala Dunia Qatar 2022 kali ini memberikan pelbagai kejutan kepada peminat bola sepak. Selain menjadi negara Islam pertama yang diberikan hak penganjuran, pengumuman-pengumuman beberapa pertauran yang dianggap melanggar tradisi turut mencuri tumpuan dunia.

Sebagai sebuah negara Islam, Qatar mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan mesej dakwah dan keindahan Islam kepada peminat bola sepak, sama ada yang menghadiri acara tersebut secara bersemuka ataupun menerusi alam maya.

Ini dibuktikan dengan majlis pembukaan Piala Dunia Qatar 2022, apabila terdapat satu segmen yang paling ikonik iaitu melibatkan pelakon veteran Amerika Syarikat, Morgan Freeman yang turut muncul bersama Ghanim Al-Muftah yang merupakan duta Piala Dunia 2022.

Dalam segmen tersebut, mereka berdua berbual-bual sambil membawa mesej keamanan dan turut menekankan isu kemanusiaan dan hormat-menghormati berdasarkan Surah Al-Hujurat, ayat 13.

Selain itu, pada Jumaat lepas, sejarah sekali lagi tercipta apabila buat pertama kali, Solat Jumaat dianjurkan secara terbuka di kawasan lapang berdekatan dengan stadium yang menjadi venue perlawanan Piala Dunia diadakan.

Bukan itu sahaja, unsur dakwah ini bukan semata-semata secara verbal. Ia juga melalui perbuatan yang dilakukan oleh penganut agama Islam di Qatar. Perkara ini dicatat menerusi sebuah hantaran Facebook oleh seorang pendakwah bebas, Dr Muhammad Salah. 

Dalam tulisannya, beliau memberitahu terdapat seorang peminat Piala Dunia telah membuat satu coretan semasa berada di sana:

“Salah satu keindahan semasa Piala Dunia di Qatar adalah pembinaan surau ‘lutsinar’, yang mana semua dinding surau tersebut diperbuat daripada kaca.  Maka, orang yang tidak menganuti agama Islam masih boleh melihat bagaimana kita menjalani ibadah solat. 

Hari ini, ketika saya berada di Stadium Al-Bayt, saya  telah pergi ke tempat tersebut untuk menunaikan Solat Isyak. Setelah selesai Solat Isyak, saya pun bersiap dan meninggalkan tempat tersebut.

Semasa saya keluar daripada tempat tersebut, saya dapati ada seorang warga asing berdiri dan memerhatikan saya. Dia memanggil saya dan bertanya berapa kali saya melakukan perkara tersebut (solat) dalam sehari?

Saya berkongsi bahawa saya melalukannya lima kali (sehari) & ia adalah wajib, yang selebihnya adalah untuk menambah jumlah amalan.

Kemudian, dia bertanya lagi, bilakan waktu perbuatan (solat) tersebut perlu dilakukan? Saya menjawab, tidak kerana waktu solat ini tidak mempunyai waktu yang tetap, tetapi diukur berdasarkan pergerakan matahari.

Lalu, dia bertanya bagaimana? Saya terus membuka aplikasi untuk menunjukkan kepadanya bahawa waktu solat berubah-ubah dalam beberapa hari dan saya mula menerangkan kepadanya berkenaan setiap waktu solat dan bila ia dilakukan. 

Reaksi pelancong itu sangat terkejut dan kagum. 

“Maafkan saya, boleh saya membuka kamera dan meminta awak untuk mengulang semula apa yang awak terangkan sebentar tadi?”

Dr Muhammad Salah telah mengakhiri coretannya dengan mengatakan: “Ya Allah! Muliakan Islam dan umat Islam di mana-mana sahaja. ”

Kredit: Facebook

BACA: Saf Sekitar Stadium, Foto Solat Jumaat Dianjurkan Buat Kali Pertama Di Piala Dunia Jadi Viral

Sumber: Dr. Muhammad Salah via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma