Barisan kabinet kerajaan yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka bakal diperkenalkan pada awal Disember, lapor Sinar Harian.
Menurut sumber seperti yang dilapor Sinar Harian, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dijangka akan membuat pengumuman khas berkaitan perkara tersebut dalam masa terdekat.
“Kalau ikutkan kenyataan Perdana Menteri sebelum ini, memang beliau akan umumkan sendiri. Jadi kita masih menantikan masa dan hari (pengumuman) itu.
“Most likely (esok), tetapi kita nantikan pengumuman beliau (Anwar),” kata sumber tersebut kepada Sinar Harian hari ini.
Teka-teki barisan kabinet kerajaan baharu terus menjadi persoalan setelah laman Facebook rasmi Istana Negara membuat hantaran mengenai yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima menghadap Ahli Parlimen Tambun itu pada 5 petang semalam.
Difahamkan, sesi menghadap itu merupakan kali pertama buat Anwar Ibrahim sejak beliau menerima surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November lepas.
BACA: Berdepan Inflasi, Ramai Berjimat Buat Dua Tiga Kerja Sehari Nak Bagi Keluarga “Happy”
Terdahulu, media melaporkan kabinet yang bakal dibentuk oleh kerajaan baharu diterajui Anwar adalah lebih kecil berbanding sebelum ini selain gaji menteri masing-masing bakal dikurangkan.
Imbas kembali, Anwar secara rasminya dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10 negara seperti yang diperkenan oleh YDPA Al-Sultan Abdullah menerusi Mesyuarat Khas Majlis Raja-raja Melayu pada 24 November baru-baru ini.
BACA JUGA: Disindir Netizen ‘Tolak Mercedes Tapi Pakai Kasut Mahal’, Ini Balas PM Anwar
Sumber: Sinar Harian