Siakap Keli
Kredit AFP/GREG BAKER

Bekas Presiden China, Jiang Zemin Meninggal Dunia Pada Usia 96 Tahun

Bekas Presiden China, Jiang Zemin meninggal dunia pada Usia 96 tahun

Bekas pemimpin China Jiang Zemin yang memerintah negara itu pada era transformasi yang bermula akhir 80-an meninggal dunia pada hari ini ketika berusia 96 tahun, lapor agensi berita Xinhua.

“Jiang Zemin meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan pelbagai kegagalan organ di Shanghai pada 12.13 tengah hari bersamaan 30 November, pada usia 96 tahun,” lapor Xinhua.

Agensi itu berkata lagi, pengumuman kematiannya dibuat melalui sebuah surat yang menyatakan “kesedihan yang mendalam” atas kematian Jiang dan ditujukan kepada seluruh Parti Komunis, tentera dan rakyat Republik China.

“Jiang Zemin adalah seorang pemimpin yang cemerlang… seorang Marxis yang hebat, seorang revolusioner proletariat yang hebat, seorang negarawan, ahli strategi dan diplomat tentera, seorang pejuang komunis dan seorang pemimpin yang cemerlang bagi tujuan sosialisme dengan ciri-ciri China,” lapor Xinhua yang memetik surat tersebut.

Difahamkan kematiannya dilaporkan disebabkan oleh kegagalan kesemua rawatan yang telah diberikan kepadanya.

Sejurus pengumuman berita kematian itu, seluruh media di negara China telah bertukar kepada tema hitam putih di akaun rasmi mereka sebagai tanda berkabung mereka.

Kematian Jiang berlaku ketika China kini sedang menyaksikan protes anti-lockdown besar-besara dan rakyat menuntut untuk kebebasan politik yang lebih luas.

Difahamkan protes anti-lockdown kini dikatakan lebih besar daripada perhimpunan pro-demokrasi pada tahun Jiang ambil alih kuasa ketika itu.

Menurut CNA, imbas kembali Jiang mengambil alih kuasa selepas tindakan kerasnya ke atas  Tianamen Square dan seterusnya menjadi pemerintah negara yang mempunyai penduduk paling ramai di dunia ke arah sebuah negara kuasa besar di pentas global.

Untuk rekod, Jiang merupakan presiden China bermula dari 1993 hingga 2003. Sewaktu dia bersara sebagai presiden, China adalah ahli dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia.

Menjelang 2008, Beijing menjadi tuan rumah bagi Sukan Olimpik dan dalam tempoh itu negara tersebut sedang menuju menjadi sebuah kuasa besar.

Sumber: CNA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka