Siakap Keli
purba
Gambar: Jabatan Arkeologi & Pelancongan Umm Al Quwain via Daily Mail

Biara Purba Dibina Lebih 1,400 Tahun Di UAE Ditemui Pakar

Sebuah biara Kristian purba di luar pantai Emiriah Arab Bersatu (UAE) dipercayai dibina lebih 1,400 tahun lalu ditemui sekumpulan ahli arkeologi, lapor Daily Mail.

Menurut Profesor Arkeologi Bersekutu di Universiti UAE Timothy Power, berkata pertemuan itu merupakan perkara yang luar biasa kerana ia benar-benar wujud.

“Hakikat bahawa sesuatu yang serupa berlaku di sini 1,000 tahun lalu benar-benar luar biasa dan ini adalah kisah yang patut diceritakan,” katanya.

Difahamkan ia merupakan penemuan kedua yang serupa ditemui di rantau tersebut selepas penemuan pertama pada tahun 1990.

Ahli sejarah percaya kedua-dua penemuan tersebut merupakan peninggalan orang Kristian selepas penganut itu mula memeluk Islam apabila kepercayaan itu semakin tersebar luas.

Agama Kristian  merupakan minoriti di seluruh kawasan Timur Tengah, tetapi UAE menjamin kebebasan beragama selagi ia tidak bercanggah dengan dasar atau moral awam.

Biara atau bangunan yang digunakan oleh birawati/biarawan ditemui di Pulau Siniyah sebahagian daripada beting pasir Umm al-Quwain.

Gambar: Jabatan Arkeologi & Pelancongan Umm Al Quwain via Daily Mail

Pentarikhan radiokarbon bagi sampel yang ditemui dari tarikh asas ialah antara 534 Masihi dan 656 Masihi.

Menerusi biara berkenaan, terdapat tempat peninggalan bangunan berasingan dengan empat bilik yang ahli arkeologi percaya ia merupakan sebuah halaman dan berkemungkinan rumah kepada ketua biara.

Gambar: Jabatan Arkeologi & Pelancongan Umm Al Quwain via Daily Mail

Pulau Siniyah melindungi tanah paya Khor al-Beida di Umm Al Quwain, yang merupakan sebuah penempatan kira-kira 30 batu di utara timur Dubai bersama pantai Teluk Parsi.

Pulau ini mempunyai siri beting pasir yang bentuknya seperti jari bengkok di mana di sebelah timur laut pulau ahli arkeologi menemui biara berkenaan.

Penemuan sama ditemui

Gambar: Jabatan Arkeologi & Pelancongan Umm Al Quwain via Daily Mail

Pada awal 1990-an, ahli arkelogi menemui biara Kristian pertama di UAE, iaitu di Pulau Sir Bani Yas.

Kompleks bangunan itu serupa dengan penemuan yang baru ditemui iaitu biara purba, yang menampilkan sel sami, dapur dan kandang haiwan, serta didominasi oleh sebuah gereja.

Di samping itu, ahli arkeologi menemui lebih daripada lapan rumah di sekeliling biara yang dikatakan sebagai penempatan tetap mereka.

Biara itu dipercayai menjadi destinasi penting bagi mereka yang melakukan perjalanan di sepanjang laluan perdagangan ke India.

Sumber: Daily Mail

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana