Siakap Keli
Kredit NASA

Fakta, Hampir Setengah Juta Gelen Air Digunakan Untuk Lancar Roket Ke Angkasa Lepas

Fakta, hampir setengah juta gelen air digunakan untuk lancar roket ke angkasa lepas

National Aeronautics and Space Administration (NASA) perlu menggunakan hampir setengah juta gelen air untuk memastikan Sistem Pelancaran Angkasa (SLS) mereka selamat dan cukup stabil agar pelancaran berjalan lancar.

Menurut Universe Today, apabila roket menjadi semakin berkuasa maka sistem yang melindunginya juga perlu seiring. Sistem yang menyalurkan semua air itu dipanggil sebagai  Overpressure Protection and Sound Suppression (IOP/SS). 

Saat pelancaran sesebuah roket adalah sangat berbahaya kerana tenaga luar biasa yang dikeluarkan. SLS ialah reka bentuk yang sangat berkuasa, ia juga akan bertindak sebagai penggalak paling berkuasa yang pernah dibina.

Difahamkan haba melampau, tekanan bunyi dan getaran akustik mesti dikawal untuk melindungai SLS, kapsul Orion dan pad pelancar.

Enjin 4 RS-25 SLS dan 2 penggalak menghasilkan gabungan sebanyak 8.4 juta paun tujahan dan dengan tenaga haba yang dihasilkan, terdapat jumlah tenaga akustik yang sangat melampau.

Selain mengawal semua tenaga, NASA menggunakan sistem IOP/SS bagi memastikan semua kru dan peralatan berada dalam keadaan selamat. Ia telah wujud sejak zaman Program Ulang-alik Angkasa lepas lagi.

Pada 15 Oktober 2020 lalu, NASA telah menguji sistem SLS tersebut dan ternyata ujian itu berjaya. Sistem SLS perlu ditingkatkan bagi mengendalikan beban tambahan sewaktu proses pelancaran dilakukan.

Kredit NASA/Kim Shiflett

Sistem ini akan mengeluarkan kira-kira sebanyak 450,000 gelen air merentasi pelancar mudah alid dan Flame Deflector untuk mengawal tenaga melampau yang dijana oleh roket semasa pencucuhan dan peluncuran.

Video ujian menunjukkan geiser telah memancut naik setinggi 100 kaki. Tetapi semasa pelancaran sebenar, pad pelancaran mudah alih akan diletakkan dan air akan mengalir melalui paip dalam pad tersebut.

“Geiser berlaku kerana pelancar mudah alih tidak dipasangkan pada pad. Apabila pelancar mudah alih duduk di atas mekanisme pelekap permukaan padnya, sistem IOP/SS selebihnya akan disambungkan ke kepala bekalan pad dan air akan mengalir melalui paip bekalan dan keluar melalui muncung,” kata Nick Moss, Timbalan Pengurus Projek Pad.

NASA membina Sistem Pelancaran Angkasa Lepas (SLS), kapal angkasa Orion dan semua sistem yang diperlukan sebagai sebahagian daripada rancangan penerokaan angkasa lepas mereka.

Sistem ini direka untuk membawa angkasawan ke Bulan, Marikh dan ke destinasi yang lebih jauh dari Sistem Suria.

Sumber: Universe Today, Interesting Engineering

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka