Siakap Keli
Gambar: Pixabay

Jejas Bahan Bukti, Hampir 200kg Rampasan Ganja Didakwa Telah Dimakan Tikus

Jejas Bahan Bukti, Hampir 200kg Rampasan Ganja Didakwa Telah Dimakan Tikus

MATHURA — Dianggarkan hampir 200 kilogram ganja dilaporkan dimakan oleh tikus di Uttar Pradesh, India, lapor BBC News.

Mahkamah Negeri Uttar Pradesh telah meminta pihak polis untuk mengemukakan rampasan tersebut sebagai bukti dalam kes pengedaran dadah.

Dalam kes itu, Hakim Sanjay Chaudhary meminta pihak polis untuk mengemukakan ganja yang dirampas namun pihaknya telah dimaklumkan sebanyak 195 kilogram ganja telah ‘dimusnahkan’ oleh haiwan itu.

Sementara itu, sebanyak 386 kilogram dadah turut dilaporkan dimakan oleh tikus dalam kes lain, maklum pihak polis.

Menurut Hakim Chaudhary, kira-kira 700 kilogram ganja yang dirampas pihak polis disimpan di balai polis di daerah Mathura berada dalam bahaya akibat diserang tikus.

Tambahnya, sebanyak tiga kes serangan mahkluk perosak itu dilaporkan berlaku.

Pihak polis tidak mempunyai kepakaran dalam membendung serangan haiwan itu. Satu-satunya langkah untuk mengatasi masalah itu adalah dengan ‘melelong’ kepada syarikat perubatan dan makmal penyelidikan.

“Tikus merupakan haiwan kecil dan mereka tidak takut kepada pihak polis,” maklum mahkamah.

Bagaimanapun, Pegawai Kanan Polis Daerah Mathura, MP Singh mendakwa bahawa ganja yang disimpan di bawah pusat penyimpanan itu rosak akibat hujan lebat dan bukannya dimusnahkan oleh tikus.

Sumber: BBC News

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?