Siakap Keli
lelaki telan emas cubaan seludup
Kredit: @Mines_cd via Twitter

Lelaki Sanggup Telan Emas Taktik Seludup Dari Lombong

Tindakan seorang pekerja lombong di Republik Demokratik Congo (RDC) menyeludup sejumlah besar emas dengan menelannya membawa padah apabila ia dikesan oleh penggera pintu.

Lapor Daily Star, lelaki itu telah menelan emas seberat 81 gram (g) tetapi ditangkap selepas cuba meninggalkan bangunan dengan melalui pintu laser yang menyebabkan penggera berbunyi.

Kemudian suspek tersebut dibawa ke hospital untuk menjalani ujian ultrasound bagi memaparkan pergerakan emas itu supaya dapat keluar melalui sistem pencernaanya.

Difahamkan dia diberi sejenis bahan untuk mengeluarkan barang berharga tersebut yang dicuri melalui sistem pembuangannya.

Kredit: @Mines_cd via Twitter

“#DRC seorang pekerja Kibali (lombong emas) menyeludup 81g emas ingin meninggalkan tapak itu namun laser pintu mengesannya dan mencetuskan bunyi penggera.

“Dia dibawa ke hospital, emas yang ditelan itu kelihatan pada ultrasound. Selepas pemberian bahan tersebut dia akhirnya boleh mengeluarkan emas itu melalui dubur,” kata ciapan di Twitter Mines.cd.

Mines.cd tersebut turut berkongsi gambar sinar X (x-ray) yang menunjukkan beberapa ketulan emas selepas lelaki terbabit mengeluarkannya melalui sistem penghadaman.

Dalam pada itu, Mines.cd turut memaklumkan kepada Daily Star bahawa maklumat yang mereka terima itu disampaikan oleh sumber dalaman.

Mereka juga sedang mencari maklumat lanjut serta komen daripada majikan lelaki itu berhubung cubaan jenayah yang dibuat.

Lombong Emas Kibali terletak di timur laut RDC, di wilayah Haut-Uele dan merupakan salah satu lombong emas terbesar di Afrika dan dikendalikan oleh Barrick Gold Corporation.

Sumber: Daily Star

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana