Siakap Keli
nad zainal tunjuk perkembangan positif
Gambar: Instagram Ungku Ismail

Nad Zainal Tunjuk Perkembangan Positif, “Dia Boleh Buka Mata, Gerak Tangan” – Ungku

Pelakon Ungku Ismail memaklumkan sahabatnya Nad Zainal kini berada dalam keadaan baik setelah menunjukkan beberapa tanda positif setiap hari berbanding dengan sebelum ini.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Ungku Ismail memuat naik video yang menerangkan mengenai perkembangan pelakon wanita itu yang masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), KPJ Ampang Puteri.

Perkembangan tentang Nad sekarang ini, setiap hari ada perkembangan yang kecil sedikit demi sedikit secara positif.

“Tetapi dalam keadaan yang sedikit ini, ada keadaan yang agak membimbangkan sedikit apabila oksigen dia naik turun, serta tekanan darahnya naik turun tetapi alhamdulillah ada kemajuan,” maklumnya.

Ujar Ungku Ismail juga, doktor turut mengurangkan dua ubat yang diberi dalam tiga hari lepas dan disebabkan itu, kesihatan Nad menunjukkan perkembangan positif.

“Dia boleh sedar sikit, dia boleh buka mata, gerak tangan. Nad juga boleh angguk, kalau kita cakap dengan dia.

“Awal-awal dia panik melihat keadaan sekelilingnya, tetapi dia mula tenang selepas tahu dia dimasukkan ke dalam hospital,” kata Ungku dalam video yang dikongsi pada Selasa.

Walau bagaimanapun, Nad masih memerlukan pemantauan rapi oleh doktor di ICU.

“Dia masih lagi dalam ICU apabila dia masih di situ maka Nad masih lagi dalam keadaan kritikal. Kita masih mengharapkan dua benda, satu paru-paru Nad betul-betul sembuh kedua doktor cabut tempat mesin penafasan itu.

“Sekarang masih lagi pakai tapi dalam setting yang rendah. Kalau masih lagi tidak cabut, saya tak keruan, ibu bapanya lagi tidak keruan, nampak tenang tetapi risau akan keadaan anak tunggalnya,” tambahnya menerangkan keadaan Nad.

Dalam masa yang sama, Ungku Ismail turut memohon kepada orang ramai untuk sentiasa mendoakan kesejahteraan pelakon terbabit dan diberikan kesembuhan serta ‘dilucutkan’ rasa sakit yang dirasai olehnya.

“Kau kurniakanlah kesembuhan syifa kepada paru-paru dia, bersih dan sucikanlah paru-paru dia daripada segala kekotoran, darah dan apa-apa sahaja agar dapat berfungsi balik dengan cara yang terbaik tanpa menggunakan mesin lagi,” ujarnya.

Sumber: Ungku Ismail via Instagram

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana