Siakap Keli
Kredit: Mirror

Ratusan Bangkai Ikan Terdampar Gemparkan Pengunjung Pantai, Dikaitkan Petanda Amaran Pemanasan Global

Ratusan Bangkai Ikan Terdampar Gemparkan Pengunjung Pantai, Dikaitkan Petanda Amaran Pemanasan Global

Pengunjung pantai dan penduduk tempatan di Semaphore, di bandar Adelaide, Australia digemparkan dengan insiden ratusan ikan terdampar di persisiran pantai berkenaan, dalam kejadian yang berlaku pada minggu lepas.

Keberadaan kumpulan ikan itu yang kebanyakkan sudah mati menyebabkan pantai berkenaan menjadi kotor dan menimbulkan bau busuk yang sangat kuat. Menurut rakaman yang dikongsi oleh saluran 7 News Tv, ikan-ikan yang masih bernyawa dilihat bergelut cuba melepaskan diri daripada kawasan air cetek di pantai tersebut.

Namun yang meresahkan, apabila siasatan yang dilakukan oleh Jabatan Industri Utama dan Wilayah Australia Selatan (PIRSA) mendedahkan kemungkinan punca kejadian itu boleh menjadi petanda kepada masalah yang mungkin timbul pada masa hadapan akibat pemanasan global.

Siasatan mendapati bahawa paras oksigen rendah dalam air, digabungkan dengan suhu tinggi adalah punca kematian ikan-ikan tersebut. Kakitangan PIRSA yang berada di kawasan kejadian mendapai air di kawasan itu keruh dan bacaan paras oksigen terlarut yang sangat rendah (~30%) dan suhu air tinggi (~28C).

“Petunjuk-petunjuk berkenaan menunjukan kemungkinan penyebab kematian kumpulan ikan bilis itu kerana terperangkap dalam lopak besar semasa air surut pada hari yang panas yang membawa kepada paras oksigen yang sangat rendah dan suhu air yang tinggi.

“Keadaan air sedemikian adalah di luar kemampuan fisiologi untuk ikan bilis Australia,” menurut kenyataan PIRSA.

Selain itu, PIRSA turut menolak aktiviti perikanan komersial sebagai punca selepas tiada bukti yang ditemui di kawasan itu dan kakitangan tidak dapat mengambil sampel ikan bilis kerana kejadian itu tidak dilaporkan kepada mereka secara langsung oleh orang awam.

“Akibatnya, pada masa kakitangan (jabatan) di kawasan itu, air pasang telah meningkat dan bangkai tidak dapat dilihat jadi sampel segar tidak dapat diambil dan dikumpul untuk analisis makmal” kata pihak jabatan kepada media.

BACA: Hilang Penat Balik Kerja, Ayah Tersenyum Tengok Anak Teruja “Unboxing” Hadiah Mainan

Sumber: Mirror

Shafikah