Siakap Keli
Kredit: TikTok

Hilang Penat Balik Kerja, Ayah Tersenyum Tengok Anak Teruja “Unboxing” Hadiah Mainan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Hilang Penat Balik Kerja, Ayah Tersenyum Tengok Anak Teruja “Unboxing” Hadiah Mainan

Berkerja merupakan satu perkara yang sukar, lagi-lagi jika anda sudah mendirikan rumah tangga. Berbeza dengan komitmen sewaktu bujang, komitmen ketika sudah berkeluarga sudah semestinya sangat mencabar.

Dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, ada di antara kita terpaksa berkerja lebih masa untuk mencukupkan keperluan keluarga. Rata-rata, perlu melakukan lebih daripada satu kerja kerana pendapatan daripada perkerjaan hakiki tidak dapat menampung sepenuhnya perbelanjaan harian.

Sudah semestinya, berkerja ini boleh menyebabkan kita letih, penat dan kadang-kadang rasa seakan-akan hendak berputus asa. Namun, jika ada ‘pembakar semangat’ di sisi, segala keperitan yang dirasai seakan-akan hilang dengan sendirinya.

Beginilah kisah yang tergambar dalam sebuah video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok, Mohamad Zaki Adzmi. Dalam video tersebut, beliau sedang membuka sebuah bungkusan bersama tiga anak perempuannya. Pada video tersebut menampilkan teks yang bertulis:

‘Ni lah ubat paling mujarab apabila letih seharian berkerja’ 

Kredit: TikTok

Setelah ternampak isi bungkusan tersebut, anak-anak perempuannya terus melompat kegembiraan. Lompatan kegembiraan itu diiringi dengan gelak ketawa daripada anak-anaknya, khususnya yang paling bongsu apabila mereka mengetahui isi bungkusan tersebut adalah mainan untuk mereka.

‘Gelak tawa mereka ubat paling mujarab,’

Kredit: TikTok

Dalam video tersebut, rasa letih jelas terpancar pada wajah Encik Zaki tetapi setelah melihat reaksi gembira anak-anaknya, tiada reaksi melainkan senyuman lebar terukir pada wajahnya ditambah pula kuncupan yang diberikan oleh anak-anak perempuan sebagai tanda berterima kasih atas pemberiannya sebentar tadi.

Menariknya, anak sulung Encik Zaki meminta bapanya untuk memberikan mainan tersebut kepada adik-adiknya terlebih dahulu. Walaupun baru berusia setahun jagung, anak sulungnya sudah pandai beralah dan matang dari segi mengutamakan adik-adiknya.

Mungkin sifatnya ini dicontohi daripada bapanya yang selalu ingin memberikan yang terbaik untuk anak-anaknya. Semoga keluarga hebat ini dipermudahkan urusan dan dilimpahkan rezekinya oleh yang Maha Esa.

@m.z.a.ads.enterprise

ubat sakit badan keletihan seharian bekerja..bila anak2 sronok cmni..#signboardmaker #signcreator #signboard #fyp #fyp #fyp #fyp

♬ suara asli – Langit Musik Indonesia – Langit Musik Indonesia

BACA: Abang Ganti Adik Ketika Didenda Oleh Ibu, Kasih Sayang Dua Beradik Buat Ramai ‘Tersentuh’

Sumber: Mohamad Zaki Adzmi via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma