Siakap Keli
Gambar kredit TikTok

Abang Ganti Adik Ketika Didenda Oleh Ibu, Kasih Sayang Dua Beradik Buat Ramai ‘Tersentuh’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Abang Ganti Adik Ketika Didenda Oleh Ibu, Kasih Sayang Dua Beradik Buat Ramai ‘Tersentuh’

Hubungan adik beradik yang baik dapat dipupuk dari kecil lagi. Sebagai ibu bapa tunjukkan perasaan kasih dan sayang kepada anak-anak. Yang paling penting jangan cuba menbanding-bandingkan anak-anak terutamanya di depan khalayak umum. Ajar mereka untuk saling sayang menyayangi dari kecil lagi, nescaya apabila sudah dewasa kelak hubungan itu akan kekal.

Satu video di laman Tiktok yang menujukkan kasih sayang seorang abang kepada adiknya berjaya menarik perhatian warganet. Pada mulanya berdasarkan video berkenaan, kata ibu tersebut si adik buat salah yang sama berulang kali. Untuk memberi pengajaran kepada adik tersebut, si ibu telah membuat keputusan untuk denda adik dengan  melakukan ‘squat‘ mudah.

Namun tidak semena-mena si abang datang dengan berani tanpa mempedulikan ibu di depannya lalu menggantikan tempat adiknya untuk denda tersebut. Abang telah menarik tangan adiknya dan menyuruh adiknya pergi sebelum dia menggantikan posisi adik tadi. Di akhir video tersebut ibu mendoakan agar hubungan mereka akan baik sehingga akhir hayat.

@olala_shafizola

5 minit yg buatkan MAMA & PAPA Hilang Kata ² 😭😭

♬ Chaha Hai Tujhko (Sad Cover Song) – Vicky D Parekh

Banyak komen telah ditinggalkan oleh warganet berkenaan video tersebut, ada yang terharu melihat ikatan kasih sayang dua beradik berkenaan. Ramai juga yang mendoakan agar dua beradik ini akan sentiasa berada dalam keadaan baik dan hubungan itu akan kekal hingga mereka besar.

Gambar via TikTok

Ada juga yang meminta tips dari ibu tersebut bagaimana dia mendidik anak-anaknya.

Gambar via TikTok

Sebab itulah peribahasa terdahulu ada berkata, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Peribahasa yang membawa maksud dalam mendidik anak-anak biarlah dilakukan dari kecil lagi. Didikan yang baik pasti akan membawa keharmonian dalam institusi sesebuah keluarga.

Sumber: TikTok

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka