Siakap Keli
Kredit: BBC & News Crab

Rumah Shah Rukh Khan Di Dubai Bukan Biasa-Biasa, Harganya Mencecah RM 13 Juta, Siap Ada Pantai Peribadi

Dengan hasil pendapatan yang melimpah ruah berikut pelbagai sumber pendapatan yang dimilikinya, Shah Rukh Khan sudah pasti mempunyai pelbagai cara untuk membelanjakan hasil kekayaannya.

Terdapat banyak harta benda yang dimiliki SRK, berdasarkan prestasi kariernya untuk jangka masa lama dan memiliki momentum padu.

Dari Mannat, rumahnya yang menghadap permandangan laut di Mumbai, bernilai 200 kror (RM 114.24 juta) sehinggalah 14cr Bugatti Veyron, pelakon itu benar-benar menjalani kehidupan seperti seorang raja yang sebenar. Salah satu aset kekayaannya adalah pemilikan sebuah rumah di atas pulau persendirian Palm Jumeirah, Dubai.

Kredit: The Guardian

Didirikan di atas lot berkeluasan  14,000 kaki persegi (1300.64 meter persegi), bahagian luar vila percutian ini terbuka kepada pelawat. Namun, bahagian dalamannya pula terhad dan dikawal rapi.

Rumah tersebut mengandungi enam bilik tidur dan dua garaj berkunci.  Bukan itu sahaja, terdapat beberapa  kemudahan mewah yang disediakan seperti kolam renang peribadi dan pantai dengan kemudahan untuk memancing di laut dalam dan melakukan aktiviti sukan air.

Difahamkan, reka bentuk dalaman dilakukan sendiri oleh isteri pelakon tersebut, Gauri Khan yang juga merupakan pereka dalaman.

Dalam sebuah sesi temu bual, pihaknya mendedahkan beberapa faktor yang akan dilihat oleh pihak mereka sebelum memilih vila. Faktor-faktor tersebut termasuklah suasana eksklusif vila tersebut, pemandangan bangunan pencakar langit Dubai yang memukau serta kemudahannya.

Kredit: News Crab

Setelah membaca artikel ini, anda mesti terfikir bagaimana SRK begitu mudah untuk membeli rumah. Raja Bollywood ini membeli rumah macam  membeli pisang goreng di tepi jalan. Kita sebagai rakyat marhaen pula terpaksa hidup dalam keadaan yang cukup-cukup makan sahaja. Beli rumah sendiri? Hmm… lambat lagi.

Akan tetapi, jangan risau dan termenung lama-lama dekat tepi anak tangga! Kita yang biasa-biasa pun boleh memiliki rumah pertama pada usia yang sangat muda. Baru-baru, Siakap Keli ada membuat laporan mengenai Skim Rumah Pertamaku (SRP).

Keratan artikel terdahulu

BACA: “Silap Hari Bulan Terpaksa Menyewa Sampai Tua,” Gaji RM2500 Tinggal Di Bandar, Realiti Pahit Ketua Keluarga Bila Nak Beli Rumah

Untuk makluman, SRP adalah satu inisiatif kerajaan di bawah program i-Biaya untuk membantu pembeli-pembeli rumah pertama memiliki rumah, khususnya golongan B40 dan M40. Jika anda berminat, anda melihat syarat kelayakan menerusi pautan artikel di atas.

Sumber: GQ

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma