Siakap Keli
Kredit: Az.Syuk/Twitter

Sijil Akademik Hilang Atau Rosak, Ini Cara Nak Mohon Salinan Dari Lembaga Peperiksaan

Sijil Akademik Hilang Atau Rosak, Ini Cara Nak Mohon Salinan Dari Lembaga Peperiksaan

Sijil akademik adalah sangat penting dan sering kita gunakan sebagai dokumen membuktikan kelayakan diri ketika mencari pekerjaan. Dokumen ini adalah antara dokumen terawal yang sering dipinta oleh majikan selain berupaya menentukan berapa gaji setimpal yang patut dibayar kepada kita.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter, @Az.Syuk, dia berkongsi cara untuk mendapatkan semula sijil anda yang hilang dan rosak melalui dalam talian.

Menurutnya, permohonan untuk mendapatkan salinan sijil akademik boleh dibuat secara atas talian di e-Lembaga Peperiksaan dan cas akan dikenakan. Selepas siap diproses, salinan berkenaan akan dipos kepada alamat pemohon.

Katanya lagi, pemohon juga boleh membuat permohonan secara ‘walk-in’ di kaunter Lembaga Peperiksaan, tetapi tempoh pemprosesan mungkin sedikit berbeza dengan permohonan di atas talian.

Berikut adalah cara-cara untuk anda memohon salinan sijil akademik yang dikongsikan oleh @Az.Syuk.

Cara-Cara mendapatkan Sijil Akademik Dalam Talian

Kredit: Az.Syuk/Twitter

Anda perlu ke portal rasmi akaun e-Lembaga Peperiksaan dan mendaftar akaun jika anda tidak pernah menggunakan akaun ini, tetapi jika anda mempunyai akaun ini anda perlu memasukkan alamat E-emel dan kata laluan anda.

Kredit: Az.Syuk/Twitter

Seterusnya, pergi ke bahagian  Salinan Keputusan dan klik butang tambah di atas untuk mengemukakan permohonan baharu.

Kredit: Az.Syuk/Twitter

Kemudian lengkapkan segala butiran diri anda sebagai pemohonan baru dan pilih sijil akademik yang anda perlukan beserta tahun peperiksaan.

Kredit: Az.Syuk/Twitter

Selepas itu pemohon perlu melengkapkan butiran penghantaran untuk dipos ke rumah dan setiap salinan sijil akan dikenakan cas pembayaran berserta dengan kos penghantaran.

Menurut tangkap layar yang dimuat naik olehnya, caj yang dikenakan adalam RM 40 termasuk caj penghantaran bernilai RM 10.

Semoga bermanfaat untuk anda semua.

BACA: Pawagam Thai Promo Beli Tiket Wayang Dapat Popcorn “Free Flow”, Penonton Bawa Pelbagai Bekas Datang Tadah

Sumber: @Az.Syuk via Twitter

Shafikah