Siakap Keli
Saintis Temui Dua Mineral Baharu Dalam Meteorit
Gambar: Global Resources/University Alberta

Tak Pernah Dilihat Sebelum Ini, Saintis Dilapor Temui Dua Mineral Baharu Dalam Meteorit Seberat 14 Tan

Tak Pernah Dilihat Sebelum Ini, Saintis Dilapor Temui Dua Mineral Baharu Dalam Meteorit Seberat 14 Tan

Saintis dilaporkan telah menemui dua mineral dalam meteorit seberat 14 tan yang terhempas dua tahun lalu di Somalia. Penemuan itu dikatakan belum pernah dilihat sebelum ini.

Memetik Daily Mail, batu angkasa itu dianggarkan mempunyai kepadatan dua kali ganda daripada batu biasa di Bumi. Ia kemudiannya telah dibawa ke Universiti Alberta untuk penelitian lanjut.

Profesor di Jabatan Sains Bumi & Atmosfera serta kurator Koleksi Meteorit Universiti Alberta, Chris Herd dalam satu kenyataan berkata, bahawa penemuan batu tersebut merupakan penemuan baharu.

Sewaktu menganalisis batu angkasa itu, Herd telah menemukan sesuatu dan telah menghubungi Ketua U of A’s Electron Microprobe Laboratory, Andrew Locock yang mengkaji mineral Heamanite-(Ce).

Gambar: University Alberta via Daily Mail

“Ia adalah kepakaran saya dalam mengkaji proses geologi dan sejarah asteroid yang pernah menjadi sebahagian daripada batu ini. Sekurang-kurangnya batu ini mempunyai dua mineral baharu,” kata Herd.

Susulan itu, Locock telah meneliti batu mineral berkenaan untuk memastikan keasliannya.

Kedua-dua mineral tersebut telah dinamakan sebagai elalit dan elkinstantonit selepas penemuan. Pengkaji mendakwa batu tersebut mempunyai potensi penemuan mineral ketiga.

Saintis Temui Dua Mineral Baharu Dalam Meteorit
Gambar: University Alberta via Daily Mail

Difahamkan nama meteorit pertama diberikan sempena penghormatan kepada nama kawasan dijumpai manakala batu mineral kedua pula dinamakan sempena nama Pengarah Pengurusan Antara Planet di Universiti Arizona, Lindy Elkins-Tanton.

Sehubungan itu, Herd komited bahawa terdapat lebih banyak mineral baharu sekiranya penyelidik mengambil lebih banyak sampel daripada meteorit itu.

Saintis Temui Dua Mineral Baharu Dalam Meteorit
Gambar: Global Resources via Daily Mail

Terdahulu, meteorit terbabit dilaporkan terhempas di kawasan luar bandar selepas ditemui oleh seorang pengembala unta yang memberitahu kepada pakar.

Sumber: Daily Mail

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?