Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan budaya pemberian cenderahati perlu dihentikan kerana ia tidak bersesuaian dengan etika pengurusan serta membebankan rakyat.
Dalam satu hantaran di Facebook, Anwar Ibrahim berkata beliau menghargai niat baik oleh si pemberi namun baginya budaya itu tidak perlu diteruskan lagi.
“Saya ingin mengingatkan semua pihak agar tidak memberi sebarang cenderahati kepada saya dan budaya ini mesti dihentikan.
“Saya hargai niat baik saudara saudari semua tetapi ini tidak bersesuaian dengan etika pengurusan dan pimpinan serta ia membebankan rakyat,” katanya di laman Facebook rasminya sebentar tadi.
Sebelum ini, Anwar turut memaklumkan dirinya menolak untuk menggunakan kenderaan mewah Mercedes S600 sebagai pengangkutan utama untuknya bergerak atas urusan rasmi.
Sebaliknya beliau berkata, dirinya hanya akan memilih untuk guna aset-aset kerajaan sedia ada seperti yang sudah disediakan sahaja.
https://www.facebook.com/anwaribrahimofficial/posts/pfbid0uHc4SrVHA6Wp58FUP38kwbgRpc5Hgf3kAUBFiYGyhUMsxM3htpK5YBjUzXEjxtjul
Sumber: Anwar Ibrahim/Facebook