Siakap Keli
Guna Robot Untuk Bedah Tumor Tekak
Kredit: BBC News

Pakar Guna Robot Bedah Tumor Buat Pertama Kali Di UK

Sepasukan doktor bedah di United Kingdom (UK) menggunakan robot untuk membuang tumor pada bahagian kerongkong pesakit buat pertama kali di negara itu, lapor BBC.

Difahamkan, Simon Higgs dan Steve Hornby merupakan pakar bedah di Hospital Royal Gloucestershine menggunakan robot untuk membuang tumor dari esofagus (menghubungkan mulut ke perut) pesakit bernama Martin Nugent.

Sebelum ini, pembedahan pada esofagus akan dilakukan melalui pembedahan terbuka dengan bantuan pakar bedah yang memotongnya secara manual.

Namun, dengan menggunakan Versius (robot), Nugent telah dibedah menggunakan pembedahan akses minimum di mana hanya menghasilkan hirisan yang lebih kecil, mengurangkan kesakitan selepas pembedahan, komplikasi dan parut.

Tidak dinafikan juga, masa untuk proses pembedahan dapat dipendekkan.

“Jika bukan kerana mereka, saya tidak akan berdiri di sini sekarang. Diberi peluang kedua untuk melihat cucu-cucu, anak-anak dan isteri yang sangat bermakna bagi saya.

Guna Robot Untuk Bedah Tumor Tekak
Kredit: BBC News

“Saya sedar saya adalah pesakit pertama di negara ini yang menerima rawatan dengan cara tersebut, sungguh mengejutkan perkara seperti ini berlaku di Gloucester,” kata Nugent.

Sementara itu Simon Higgs yang juga merupakan perunding gastrousus berkata, “Gastrointestinal (GI) adalah jabatan yang sangat sibuk namun menerima Versius untuk diguna pakai sebagai tanda era baharu untuk kepakaran tersebut.

“Hal ini kerana masih banyak lagi pesakit yang perlu menjalani pembedahan akses minimum ini,” tambah Higgs.

Difahamkan, Hospital Royal Gloucestershine mula memperkenalkan robot Versius pada tahun lepas dan pembedahan Martin Nugent secara tidak langsung menjadikan hospital tersebut sebagai hospital pertama di negara itu yang melakukan pembedahan menggunakan pembedahan GI.

Tambah Nugent, “Tahun lalu saya mengalami kesakitan yang teramat sehingga tidak dapat makan sebarang makanan pada malam Krismas.

“Saya fikir saya akan dapat ‘menebusnya’ tahun ini dan saya bersyukur kerana diberi peluang untuk menyambut Krismas tahun ini,” katanya.

Sumber: BBC News

Florence Nuar