Siakap Keli
bandar paling mahal di dunia
Gambar: Unsplash

Singapura, New York Disenaraikan Sebagai Bandar Paling Mahal Di Dunia

Singapura, New York Disenaraikan Bandar Paling Mahal Di Dunia

Kota New York di US dan Singapura dilaporkan tersenarai sebagai bandar paling mahal di dunia untuk didiami, menurut satu tinjauan baru di Unit Perisikan Ekonomi (EIU).

Menurut laporan Kos Sara Hidup Seluruh Dunia Unit Perisikan Ekonomi, kos sara hidup di 172 bandar utama dunia melonjak ke purata 8.1 peratus sepanjang tahun lalu.

Tel Aviv yang telah mendahului pada tahun lalu kini berada di kedudukan ketiga, manakala Hong Kong dan Los Angeles berada di kedudukan lima teratas.

Bandar-bandar di Asia cenderung untuk menangkis kenaikan harga dengan purata peningkatan kos sara hidup pada 4.5 peratus, meskipun prestasi negara berbeza-beza disebabkan oleh dasar kerajaan dan nilai mata wang.

Selain itu, beberapa kedudukan negara lain turut dinyatakan dalam kajian berkenaan, misalnya kedudukan Tokyo dan Jepun jatuh, masing-masing berada di tempat yang ke-24 dan 33 kerana kadar faedah kekal rendah.

Selain itu, ibu negara Syria iaitu Damsyik dan Tripoli di Libya adalah bandar paling murah di dunia.

Sydney melonjak naik ke-10 teratas apabila nilai eksport yang kukuh menyokong dolar Australia, manakala San Francisco  di US melonjak ke tempat kelapan daripada ke-24 pada tahun lalu.

Namun difahamkan enam bandar di China termasuk Shanghai dikategorikan sebagai bandar paling mahal dengan berada di kedudukan 20 teratas.

Dalam pada itu, Ketua Kajian Kos Sara Hidup Seluruh Dunia di EIU, Upasana Dutt, berkata bahawa perang di Ukraine, sekatan Barat ke atas Rusia dan dasar sifar Covid China telah menyebabkan masalah rantaian bekalan.

Lebih perit lagi, masalah itu turut digabung dengan kenaikan kadar faedah dan peralihan kadar pertukaran hingga telah menyebabkan krisis kos sara hidup di dunia.

“Kami dapat melihat kesan dalam indeks tahun ini, dengan purata kenaikan harga di 172 bandar dalam tinjauan kami adalah yang paling kukuh dan kami lihat dalam tempoh 20 tahun dan kami mempunyai data digital,” kata Upasana Dutt.

Tinjauan tersebut dijalankan pada Ogos dan September 2022 dengan membandingkan lebih 400 harga individu merentasi lebih 200 produk dan perkhidmatan di 172 bandar di seluruh dunia.

Memetik TIME, ini adalah 10 bandar paling mahal di dunia pada tahun 2022, beberapa bandar berada di kedudukan yang sama:

Singapura — 1

New York, AS — 1

Tel Aviv, Israel — 3

Hong Kong, China — 4

Los Angeles, AS — 4

Zurich, Switzerland — 6

Geneva, Switzerland — 7

San Francisco, AS — 8

Paris, Perancis— 9

Copenhagen, Denmark — 10

Sydney, Australia — 10

Sumber: TIME

Noorliyana Ishak