Siakap Keli

Barisan Kabinet Diumum Petang Ini, Dipanggil Mesyuarat Khas Isnin Depan – Anwar

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa barisan kabinet kerajaan pimpinannya akan diumumkan petang ini.

Berita berkenaan diumumkan oleh BERNAMA melalui satu tweet ringkas sebentar tadi. Menerusi tweet yang sama juga beliau berkata, barisan kabinet yang dibentuk itu akan dipanggil ke mesyuarat khas Isnin ini.

Pengumuman ini dibuat selepas beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada lingkungan 8.00 pagi tadi serta menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta kira-kira 11.00 pagi.

Sebelum ini, Anwar mengatakan bahawa perbincangan mengenai pelantikan barisan Kabinet sudah hampir ke penghujungnya dan beliau berharap ia dapat diumumkan secara rasmi secepat mungkin.

Malah, Anwar turut dilaporkan bakal mengecilkan saiz Kabinet kepada maksimum 25 menteri sahaja berbanding jumlah sebelum ini iaitu 31 menteri semasa pentadbiran kerajaan sebelumnya.

Berdasarkan laporan Bernama, terdapat tiga komponen terbesar yang membentuk kerajaan perpaduan adalah Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

BACA: GRS Sertai Kerajaan Perpaduan, Capai Majoriti Dua Pertiga Parlimen – PM Anwar

Sumber: Bernama via Twitter

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma