Siakap Keli
Gambar: Tourism Selangor

Geopark Gombak Hulu Langat Terima Pengiktirafan, Miliki Kuarza Terpanjang Di Asia Tenggara

Geopark Gombak Hulu Langat Terima Pengiktirafan, Miliki Kuarza Terpanjang Di Asia Tenggara

Buat julung kalinya Projek Geopark Gombak Hulu Langat (GHL) yang melibatkan 20 geotapak di daerah Gombak dan Hulu Langat telah berjaya diiktiraf sebagai penerima Geopark Kebangsaan, menurut Tourism Selangor.

Keputusan pengiktirafan tersebut telah diumumkan melalui satu mesyuarat jawatankuasa Geopark Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Y. Bhg. Dato’ Haji Rosli bin Isa.

Selain landskap pergunungan dan pembentukan beberapa lembangan daratan, GHL ini juga melingkupi 112,955 kilometer persegi yang mempunyai kepentingan geologi selain daripada kewujudan kuarza terpanjang di Asia Tenggara.

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

Memetik Touris Selangor, Pengiktirafan Geopark Kebangsaan ini merupakan yang ketujuh selepas beberapa buah negeri di Malaysia.

Antaranya ialah Lembah Kinta dan Lenggong Geopark di Perak, Jerai Geopark di Kedah, Kinabalu Geopark di Sabah, Labuan Geopark di Labuan dan Sarawak Delta Geopark di Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Tuan Azrul Shah Mohamad yang merupakan agensi promosi pelancongan rasmi negeri Selangor berkata bahawa Tourism Selangor akan terus berusaha untuk mempromosikan Projek GHL.

Menurutnya, ia termasuklah hebahan di media sosial secara berterusan, hebahan awam di beberapa siri Jelajah Selangor Penyayang serta kerjasama yang diadakan di World Travel Market, London bersama British Geology Survey serta National Geographic Traveller di UK.

Gambar: Tourism Selangor

Dalam memelihara kelestarian alam semuala jadi dan pengurusan mampan bagi kawasan yang memiliki nilai geotapak, pengkitirafan Geopark Kebangsaan kepada negeri Selangor ini merupakan satu pencapaian yang terbaik untuk negara.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

Hal ini juga sepadan dengan matlamat di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu Matlamat Pembangunan Mampan 2030 dan Agenda Pembangunan Nasional.

“Kementerian yakin bahawa kerjasama erat dapat memastikan Geopark diurus dengan baik dan mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama di kawasan yang mempunyai kepentingan geologi,” kata Y.Bhg. Dato’ Haji Rosli bin Isa dalam satu kenyataan.

“Ia bertujuan untuk penyelidikan saintifik, pendidikan, penjanaan ekonomi penduduk setempat dan pembangunan mampan,” kata Y.Bhg. Dato’ Haji Rosli bin Isa lagi.

Gambar: Tourism Selangor

Bagi menikmati warisan geologi kebangsaan, budaya dan cara hidup geo-komuniti setempat, para pelancong juga berpeluang melawati sesuatu kawasan Geotapak.

Hal ini kerana pelancongan geo di geotapak adalah salah satu tempat pelancongan yang difokuskan di negeri Selangor menjelang tahun 2023.

Ia juga sesuai dengan kempen-kempen pelancongan di Selangor, misalnya Take Me Anywhere, Splendid Selangor yang menfokuskan kepada pasaran antarabangsa.

Sumber: Tourism Selangor

Noorliyana Ishak