Siakap Keli
Gambar: Wales Online

Ilusi Optik: Rakaman “Angle” Terbaru Yang Dikeluarkan Perjelas Kenapa “Ref” Tak Batalkan Gol Jepun

Ilusi Optik: Rakaman “Angle” Terbaru Yang Dikeluarkan Perjelas Kenapa “Ref” Tak Batalkan Gol Jepun

Satu rakaman kamera sudut baharu yang muncul telah menunjukkan mengapa gol kemenangan akhirnya diberikan kepada Jepun dalam jaringan kontroversi yang melibatkan pasukan Jepun menentang Sepanyol malam tadi, lapor Wales Online.

Rakaman kamera sudut TV pada awalnya memberikan persepsi bahawa bola dengan jelas dilihat sudah keluar daripada garisan apabila Kaoru Mitoma membuat hantaran silang kepada Ao Tanaka sebelum menjaringkan gol kemenangan.

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

Kemenangan Jepun pada malam tadi telah memaksa pasukan Jerman daripada tersingkir dalam pentas Piala Dunia 2023.

Peraturan FIFA menyatakan bahawa bola kekal berada dalam permainan walaupun dengan sedikit daripada bahagian bola yang berada di atas garisan. Keputusan itu dibuat oleh rakaman ulangan VAR termasuk juga kamera garisan gol.

Kata lainnya ialah keseluruhan bola dan kelengkungannya perlu melepasi keseluruhan garisan unuk membuktikan bahawa bola tersebut sudah keluar daripada permainan.

Kredit Wales Online

Namun begitu sehingga kini, masih tiada rakaman kamera sudut muktamad yang menunjukkan bola masih berada di dalam disiarkan oleh penyiar rasmi FIFA. Tindakan tidak menyiarkan rakaman kamera sudut telah menimbulkan kemarahan para pakar dan penonton bola sepak.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

Walau bagaimanapun, disebabkan oleh sesuatu yang dipanggil sebagai pandangan paralaks, di mana sudut persepsi yang berbeza boleh menjadikan objek yang sama kelihatan berbeza.

Gambar dari sudut atas telah menunjukkan bahawa sebahagian kecil kelengkungan bola berada di atas garisan, sekali gus menjelaskan keputusan yang dibuat VAR tersebut.

Kemenangan menakjubkan 2-1 pasukan Jepun ke atas Sepanyol telah menyingkirkan pasukan Jerman dalam saingan kumpulan walaupun pasukan itu mencatatkan kemenangan 4-2  sewaktu menentang Costa Rica pada malam tadi.

Kemenangan Jepun itu telah meletakkan negara itu berada di tempat teratas dalam kumpulan.

Sumber: Wales Online

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka