Siakap Keli
Gambar: New York Post

Saintis Temui 13 Jenis Virus ‘Zombi’ Berusia Ribuan Tahun Dalam Permukaan Ais Di Siberia

Saintis Temui 13 Jenis Virus ‘Zombi’ Berusia Ribuan Tahun Dalam Permukaan Ais Di Siberia

Baru-baru ini, sekumpulan saintis dilaporkan telah menemukan 13 ‘virus zombi’ berusia ribuan tahun yang terperangkap di bawah permukaan ais di Siberia, lapor Sky News.

Kesemua sampel virus baharu itu telah dikaji dan dikenal pasti oleh para saintis dari Pusat Penyelidikan Saintifik Kebangsaan Perancis.

Menurut ahli mikrobiologi, Jean-Maria Alempic, kajian mendapati bahawa salah satu daripada virus tersebut masih aktif dan boleh berjangkit selepas lebih 48,500 tahun terperangkap di dalam permukaan ais.

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

Virus berkenaan dikenali sebagai pandoravirus, hanya menjangkiti organsima sel tunggal dan tidak memberi sebarang ancaman kepada manusia.

Bagaimanapun, kajian tersebut belum disemak dan menyatakan bahawa setakat ini terdapat penyelidikan terhad terhadap virus hidup yang ditemui di dalam permukaan ais itu.

Memetik Sky News, penulis mengatakan, ini menunjukkan bahawa kejadian seperti itu jarang berlaku dan virus zombi tidak membawa ancaman kepada kesihatan awam.

Sementara itu, pasukan saintis Pusat Penyelidikan Saintifik Kebangsaan Perancis berkata, kajian lebih lanjut perlu dijalankan untuk menilai bahaya yang mungkin menanti daripada virus tersebut kerana perubahan iklim menyebabkan landskap beku mencair.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

Kajian tersebut menyatakan bahawa satu perempat daripada hemisfera utama didasari oleh tanah beku kekal yang disebut sebagai permafrost.

Disebabkan oleh pemanasan iklim, pencairan permafrost yang tidak dapat dipulihkan akan membebaskan bahan organik beku berusia sehingga sejuta tahun, kebanyakannya terurai menjadi karbon dioksida dan metana sekali gus meningkatkan lagi kesan rumah hijau.

Selain itu, sebahagian daripada bahan organik ini juga terdiri daripada mikron selular yang dihidupkan semula serta virus yang kekal tidak aktif sejak zaman prasejarah.

Sumber: Sky News

Noorliyana Ishak