Siakap Keli
Kredit: Bernama

YDP Agong Perkenan Atas Pelantikan 11 Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia Baharu

DYMM Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenan pelantikan 11 orang Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia yang baharu.

Perlantikan tersebut telah diadakan dalam sebuah istiadat penyerahan watikah pelantikan yang berlangsung di Istana Negara pada hari ini. Selain itu, istiadat tersebut turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, YBhg. Dato’ Sri Amran Mohamed Zin.

Antara Ketua-ketua Perwakilan Diplomatik yang baru dilantik di beberapa wilayah Asia Selatan dan Asia Tenggara seperti seperti Dato’ Tan Yang Thai (Bakal Duta Besar Malaysia ke Republik Sosialis Vietnam), Encik Edi Irwan bin Mahmud (Bakal Duta Besar Malaysia ke Republik Demokratik Rakyat Lao).

Bagi wilyah Asia Selatan pula, pelantikan membabitkan Ambassador Mohammad Azhar bin Mazlan (Bakal Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Republik Islam Pakistan) dan Encik Badli Hisham bin Adam (Bakal Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Republik Sosialis Demokratik Sri Lanka).

Bukan itu sahaja, terdapat juga pelantikan Ketua-ketua Perwakilan Diplomatik baharu bagi beberapa negara Islam seperti Ambassador Mohamad Nasri bin Abdul Rahman (Bakal Duta Besar Malaysia ke Kerajaan Hasyimiah Jordan), Dato’ Seri Ahmad Fadil bin Shamsuddin (Bakal Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu) dan Encik Zainal Izran bin Zahari (Bakal Duta Besar Malaysia ke Republik Senegal)

Bagi wilayah Asia Tengah, beberapa Ketua Perwakilan Diplomatik baharu juga turut dilantik di walayah tersebut seperti Ambassador Ilham Tuah bin Illias (Bakal Duta Besar Malaysia ke Republik Uzbekistan) dan Encik Mohd Adli bin Abdullah (Bakal Duta Besar Malaysia ke Republik Kazakhstan).

Akhir sekali, terdapat beberapa Ketua-ketua Perwakilan dibeberapa wilayah lain, merangkumi Eropah dan Oceania seperti Dr. Adina binti Kamarudin (Bakal Duta Besar Malaysia ke Republik Persekutuan Jerman) dan Puan Mazita binti Marzuki (Bakal Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand).

Sumber: Bernama via Twitter

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma