Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Seorang Maut, 11 Cedera Dalam Serangan Baharu Di Lapangan Terbang Arab Saudi

Seorang maut, 11 cedera
Kredit: BBC

Seorang maut manakala 11 lagi cedera dalam serangan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di Riyadh, Arab Saudi, menurut pihak berkuasa penerbangan awam negara itu pada awal Isnin, lapor Anadolu.

Seorang maut, 11 cedera

Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam Arab Saudi (GACA) mengesahkan mangsa yang maut merupakan seorang penduduk warga Pakistan, manakala mereka yang cedera telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Serangan itu turut menyebabkan kerosakan harta benda, yang masih dalam penilaian pihak berkuasa.

Terdahulu, pakatan pimpinan Arab Saudi di Yaman memaklumkan bahawa satu objek tidak dikenal pasti telah menghentam Terminal 4 lapangan terbang berkenaan pada petang Ahad, sehingga mencetuskan kebakaran.

Kejadian itu berlaku sehari selepas satu lagi serangan ke atas lapangan terbang sama mengorbankan 12 orang dan mencederakan lebih 300 yang lain.

Sumber:Anadolu