Siakap Keli
Kredit: Bernama & Twitter

Boleh Ke Suami Tinggal Solat Jumaat Sebab Nak Teman Isteri Bersalin? Ini Jawapan Dr. Zul

Dr Zulkifli Al-Bakri Jelas Hukum Suami Teman Isteri Bersalin Sewaktu Solat Jumaat

Melahirkan cahaya mata merupakan salah satu detik-detik yang penting dalam kehidupan sesebuah institusi keluarga. Bagi memberikan kekuatan bagi si isteri untuk bertarung nyawa, para suami digalakkan untuk menemani isteri mereka di bilik bersalin.

Namun, ia menjadi satu persoalan apabila waktu isteri dijangka bersalin berdekatan dengan masa Solat Jumaat.

Menurut kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan, Solat Jumaat diwajibkan kepada mereka yang memenuhi tujuh syarat berikut, iaitu: (1) beragama Islam, (2) baligh, (3) berakal, (4) merdeka (bebas) sepenuhnya, (5) lelaki (6) sihat tubuh badan dan (7) bermukim di tempat solat Jumaat didirikan.

Apakah boleh untuk seseorang lelaki bergelar suami meninggalkan solat Jumaat kerana ingin menemani isterinya di bilik bersalin?

Soalan yang sama telah diajukan oleh seorang pengguna Twitter kepada Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Jom kita lihat apa jawapan Mantan Menteri Agama terhadap persoalan tersebut.

Persoalan tersebut telah dijawab Dr. Zulkifli dengan jawapan yang sangat jelas dan padat.

Kredit: Twitter

Solat Jumaat adalah tuntutan agama yang wajib dilaksanakan

Kata Dr. Zulkifli, Solat Jumaat tetap wajib dilaksanakan biarpun ketika itu si isteri sedang menunggu masa untuk melahirkan anak.

”Solat Jumaat tetap wajib. Tinggalkan isteri di bilik bersalin. In-sya Allah, Allah jaga” katanya.

Menurut beliau, ketika menunaikan solat Jumaat, para suami boleh memohon kepada Allah S.W.T agar urusan isteri bersalin dipermudahkan. Antara waktu yang mujarab untuk berdoa adalah pada waktu antara dua khutbah.

Bagaimana jika segelintir pasangan yang enggan memahami tuntutan agama ini?

Sungguhpun begitu, ada seorang lagi pengguna Twitter yang bertanyakan soalan bagaimana sekiranya suami tetap enggan meninggalkan sisi isterinya biarpun tahu Solat Jumaat wajib ditunaikan selain tindakan isteri yang merayu-rayu suami untuk menemaninya.

Kredit: Twitter

”Suami dan isteri yang faham agama, Insya-Allah faham keperluan akan kebergantungan kepada Allah pada saat-saat genting sebegitu.

”Keutamaan bagi suami adalah berdoa kepada Allah SWT untuk dipermudahkan kelahiran anak. Meninggalkan Solat Jumaat hanya mengundang murka dan dosa Allah,” katanya.

Semoga jawapan yang diberikan Dr. Zul menjawab persoalan anda semua.

Sumber: Dr Zulkifli Al-Bakri via Twitter

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma