Siakap Keli
Kredit: NEWS GROUP NEWSPAPERS LTD

Umpama Bandar Tikus, Penduduk Ketakutan Tikus Gergasi ‘Tumpang’ Diami Kawasan Flat

Umpama Bandar Tikus, Penduduk Ketakutan Tikus Gergasi ‘Tumpang’ Diami Kawasan Flat

Tikus adalah haiwan perosak yang sering dianggap kotor dan boleh membawa pelbagai jenis penyakit. Haiwan perosak itu sering dijumpai dalam longkang dan tong sampah. Bahkan haiwan ini sering menakutkan orang ramai kerana mereka sering berkeliaran di merata tempat.

Baru-baru ini seorang penduduk di Scotstoun yang dikenali sebagai John Rough yang berusia 40 tahun berkongsi rakaman yang menakutkan dan pengalamannya bertemu kumpulan tikus gergasi berdekatan tong sampah di luar flat Glasgow, Scotland.

Kataya lagi, kehadiran kumpulan tikus yang turut berkeliaran di kawasan taman dan kawasan lapang setiap hari turut menakutkan penduduk tempatan disitu.

”Tikus ini membuat lubang ke dalam tong sampah dan keluar masuk sesuka hati. Saya meminta tong sampah saya ditukar enam bulan lalu tetapi setakat ini tiada apa-apa berlaku.

“Tikus membawa penyakit jadi tidak selamat untuk membiarkan haiwan ini berkeliaran di kawasan taman seperti ini,” kata John.

Malah, kerana kehadiran kumpulan tikus berkenaan yang terlalu banyak, dia mengumpamakan tempat tinggal mereka tak ubah seperti bandar tikus.

Katanya lagi, sebelum Covid dia hanya melihat satu atau dua tikus sahaja pada waktu malam tetapi semasa perintah berkurung, bilangan tikus di kawasan itu semakin bertambah.

John juga telah mencuba pelbagai cara untuk menghapuskan haiwan perosak itu dengan membeli perangkap tikus, membersihkan tong sampah dengan kerap dan menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan tetapi usahanya tidak berjaya.

Majlis Bandaraya Glasgow berkata, pihaknya sudahpun mengerahkan kakitangan untuk melakukan kawalan makhluk perosak disitu, namun mendapati ada segelintir penduduk memberikan tikus-tikus itu makanan sekaligus menyaksikan jumlah ia bertambah.

Bagaimana pun, mereka akan membuat pemeriksaan lanjut pada kawasan tong sampah tersebut dan berinteraksi dengan penduduk untuk membanteras masalah haiwan perosak tersebut.

Sumber: The Sun

Shafikah