Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

HULU LANGAT -- Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) ingin memberi penjelasan berkaitan video tular dan beberapa aduan yang dikemukakan melibatkan isu pembinaan haram di Sungai Makau, Hulu Langat.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat malam semalam, isu pembinaan haram melibatkan tapak yang terletak di Lot 217, 218 dan sebahagian tanah kerajaan (rezab sungai) bersebelahan Kg. Kenangan 18, Sungai Tekali, Mukim Hulu Langat, Daerah Hulu Langat.
Ia berdasarkan semakan yang dilakukan pihak MPKj.
"Selain itu, tiada sebarang permohonan yang dikemukakan melalui Sistem OSC 3.0 Plus Online MPKj yang melibatkan Kebenaran Merancang, Pelan Infrastruktur dan Pelan Bangunan bagi apa-apa pembinaan di kawasan tersebut.
"Secara ringkasnya, pembinaan bangunan di lokasi tersebut telah dijalankan tanpa kelulusan MPKj.
"Dimaklumkan bahawa pihak MPKj telah menjalankan operasi penguatkuasaan dengan agensi kerajaan yang berkaitan seterusnya telah mengeluarkan notis berserta arahan berdasarkan peruntukan undang-undang mengikut Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
"Lawatan di kawasan aduan juga telah disertai oleh pihak MPKj di bawah kendalian Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat serta MPKj akan mengambil tindakan selanjutnya mengikut arahan yang diputuskan.
"Di samping itu, pihak MPKj ingin menegaskan bahawa MPKj sentiasa bersama-sama dengan agensi kerajaan yang berkaitan untuk mengambil tindakan yang tegas ke atas sebarang salah laku dan pelanggaran undang-undang dalam kawasan pentadbiran MPKj.
"Pihak MPKj juga mengucapkan terima kasih atas keprihatinan semua pihak dalam membangkitkan isu ini," maklum kenyataan itu.