Siakap Keli

5 Barang Paling Dicari Kat MR. DIY & Wajib Ada Kat Rumah Korang, Harga Tak Sampai RM10

Sebut je MR. DIY, ramai yang dah tahu inilah tempat beli barang rumah yang murah. Sebut sahaja apa, daripada barangan dapur sampai alat bertukang, semua korang boleh dapat dengan harga mampu milik. Bolehlah nak DIY sendiri di rumah, kan?

Jadi kali ni, min nak kongsi tujuh barang best MR. DIY bawah RM10 yang wajib korang beli kalau ke sana. Memang berguna untuk rumah korang nanti.

1. Getsun Multipurpose Foam Cleaner – RM6.75

Kredit: Amierahasnie

Multipurpose foam cleaner ni memang berkesan untuk cuci kotoran degil pada kusyen kereta korang. Segala ‘peta dunia’, tumpahan air atau kesan air hujan pun boleh dihilangkan dengan pencuci ni. Jimat duit banyak daripada kena cuci semua sofa sekaligus kat kedai.

Kesan tumpahan air hilang lepas dicuci. (Kredit: menorrmir)

2. Magic Sponge – RM3.83

Untuk korang yang suka kerja-kerja mengemas dan membersih rumah, mesti familiar dengan span magik ni kan. Daripada mencuci kotoran degil bawah kuali hinggalah untuk mencuci tandas, span ini sangat membantu. Kat Shopee MR. DIY saja, dah lebih 12 ribu unit terjual.

3. Dish drying mat – RM8.30

Kalau korang selalu ada masalah bila nak keringkan pinggan mangkuk yang sudah dibasuh, gunalah dish drying mat ni. Tiarapkan pinggan mangkuk atas tikar sampai kering, lepastu boleh gulung simpan. Bukan apa, kadang tu bila tetamu datang, banyak pinggan mangkuk dan peralatan yang dikeluarkan daripada kebiasaan. Jadi bila dibasuh serentak, rak pinggan pun tak muat menampungnya.

4. Perangkap lipas – RM7.20

Lipas adalah makhluk perosak yang paling dimusuhi. Bila bukak je sayap, semua bertempiaran lari. Melainkan korang guna perangkap lipas jenis ini, tak perlu susah-susah bersilat untuk tangkap lipas yang merayap dalam kabinet korang. Bila dah penuh, boleh terus spray dengan racun serangga & guna semula bekas perangkap tu.

5. Test kit Covid-19

tak balik

Nak cari test kit paling murah tapi reliable? Jom ke MR. DIY

Sekarang ni test kit Covid pun dah boleh dapat murah-murah kat MR.DIY. RM2 pun dah boleh dapat. Tak perlu cari jauh-jauh, korang boleh borong siap-siap masa on the way balik kampung kat lebih 1,000 cawangan MR.DIY di seluruh negara.

Kalau korang nak tahu, harga test kit kat MR. DIY adalah antara termurah berbanding tempat-tempat lain. Kebanyakan harga jualan test kit sekarang adalah RM2.50 ke atas, tapi kat MR. DIY korang boleh dapat kit yang berharga RM2 sahaja seunit.

Ada tiga jenama terkenal dan reliable korang boleh pilih iaitu Sejoy, Clungene & BioDetect. Bukan tu je, korang jugak boleh beli test kit ni kat MR.TOYS dan MR.DOLLAR tau.

Banyak pilihan pada harga berpatutan

Paling best, test kit lolipop yang mahal dan susah dicari pun ada kat semua cawangan MR.DIY ni. Harga RM24.90 je untuk lima kit ujian. Bolehlah buat stok untuk anak-anak korang sekali. Lagi banyak beli, lagi banyak boleh jimat.

Ada lagi murah, RM1.40 pun dah boleh dapat kalau beli kat sini

tak balik
(Harga Semenanjung)
tak balik
(Harga Sabah & Sarawak)

Nak lagi murah? Korang borong je terus kat sini. Hanya RM1.40 je seunit. Sesuai sangat beli untuk saudara mara atau letakkan di pejabat dan tempat kerja. Dengan harga murah macam ni, memang tak dapatlah kalau cari di tempat lain.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman web MR.DIY sekarang.

Amira

Love yourself.