Siakap Keli
8 Tahun Ukir Tangga Batu
Kredit: Odditycentral

Hanya Guna Tukul & Pahat, Lelaki Korbankan 8 Tahun Ukir Batu Jadi Tangga Untuk Kemudahan Awam

Hanya Guna Tukul & Pahat, Lelaki Korbankan 8 Tahun Ukir Batu Jadi Tangga Untuk Kemudahan Awam

Ramai terinspirasi daripada tindakan lelaki ini yang menghabiskan lapan tahun untuk mengukir lebih 400 anak tangga batu hanya menggunakan tukul dan pahat di sepanjang laluan ke kuil yang berada puncak bukit di Bihar, India Timur.

Lelaki tersebut dikenali sebagai Ganauri Paswan yang pernah bekerja sebagai pemandu trak sebelum beralih ke kerja batu.

Menurut Oddity central, Kuil Baba Yogeshwar Nath terkenal dalam kalangan penganut Lord Shiva tetapi sangat sukar untuk dilawati kerana berada di puncak bukit yang curam setinggi 1,500 kaki.

Bayangkan sahaja, orang yang berkemampuan (sihat tubuh badan) menghabiskan masa berjam-jam untuk mendakinya apatah lagi golongan tua atau Orang Kurang Upaya (OKU).

Memang mendaki dan menuruni cerun berbatu yang curam adalah berisiko malah ada yang sanggup membahayakan diri semata-mata untuk sampai ke kuil tersebut.

8 Tahun Ukir Tangga Batu
Kredit: Odditycentral

“Saya hanya mahu memudahkan penganut Baba Bholenath (Lord Shiva)…”

Imbas kembali, Paswan memulakan niatnya untuk mengukir batu selepas dia mendaki bukit itu dengan sendirinya dan melihat jalan yang dilalui oleh penganut lain.

Dari situ, dia memutuskan untuk melakukan ‘sesuatu’ dan meraih tukul dan pahat lantas memulakan tugas mengukir tangga tersebut.

Walaupun, dia mengalami kekurangan dana untuk membawa batu ke puncak bukit namun, perkara itu tidak mematahkan semangatnya untuk tetap meneruskan kerjanya dengan apa sahaja yang ada.

Tidak dinafikan bahawa ia mengambil masa yang lama untuk melihat apa-apa perubahan yang ketara namun selepas lapan tahun dia akhirnya dapat menamatkan projek tangga batu terebut.

“Saya tidak tahu dari mana saya dapat semua kesabaran dan tenaga ini, malah ia tidak seperti ‘suatu kerja’ kepada saya. Saya lebih rela sesat di gunung sepanjang saya bekerja. Saya hanya mahu memudahkan Baba Bholenath (Lord Shiva) untuk pergi ke kuil dengan mudah.

“Saya tak kisah sama ada saya hidup atau mati. Saya hanya mahu mengukir tangga batu ini apa cara sekali pun,” katanya.

8 Tahun Ukir Tangga Batu
Kredit: Odditycentral

Mula mengukir pada tahun 2014

Menurut Oddity central, Paswan hanya mendapat sokongan daripada isteri dan dua anak lelakinya sejak dia mula mengukir pada tahun 2014.

Namun setelah bertahun dia telah mendapat penghormatan dan penghargaan daripada ribuan penganut yang mula menggunakan tangga binaannya.

Malah, kejayaan Ganauti Paswan turut dibandingkan dengan Dashrath Manjhi “Lelaki Gunung” yang telah mengukir jalan melalui gunung yang telah menjadi lagenda.

Sumber: Odditycentral

Florence Nuar