Perkhidmatan Rahsia AS Sahkan RM88 Juta Dana Bantuan COVID-19 Dikebas Penggodam China
Sistem Rizab Persekutuan (The Fed) melaporkan sekumpulan penggodam China didapati mencuri kira-kira $20 juta (RM88 juta) dana bantuan COVID-19 daripada kerajaan Amerika Syarikat (AS), lapor New York Post.
Perkhidmatan Rahsia mengesahkan bahawa dana yang dicuri itu datang daripada pinjaman perniagaan kecil dan dana insurans pengangguran dari hampir seluruh negeri, lapor NBC News.
Bagaimanapun, separuh daripada dana yang dicuri itu berjaya didapatkan semula.
Pasukan penggodam dari Chengdu di barat daya China dipercayai bertanggungjawab dalam komuniti penyelidikan keselamatan dikenali sebagai APT41 atau Winnti dan berkemungkinan besar mereka mencuri lebih daripada yang disedari oleh pegawai.
Penyelaras pemulihan penipuan pandemik kebangsaan untuk Perkhidmatan Rahsia, Roy Dotson berkata kepada NBC bahawa tidak mungkin pasukan penggodam ini tidak menyasarkan semua 50 negeri.
Agensi tersebut menggambarkan APT41 sebagai kumpulan ancaman siber negara China yang sangat mahir dalam menjalankan misi penggodaman dan jenayah kewangan untuk kepentingan peribadi.
Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual
Memetik New York Post, lima daripada ahlinya telah didakwa oleh mahkamah persekutuan, tetapi mereka tidak diekstradisi ke AS dan kekal bebas.
Perkhidmatan Rahsia juga berkata mereka sedang menyiasat lebih seribu penjenayah asing dan domestik yang mencuri faedah orang awam.
Motif sebenar penggodam APT41 ini tidak jelas sama ada mereka mencuri hasil titik peluh rakyat Amerika atas kerajaan China atau bukan, tetapi seorang pegawai kanan Jabatan Kehakiman mengatakan serangan itu tetap ‘berbahaya’.
Sebelum ini, penggodam China dikatakan bertanggungjawab atas pencurian data Equifax dan Anthem Health di AS.
Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular
“AS adalah sasaran No.1, kerana kami adalah pesaing No.1,” kata Nathaniel Fick, duta besar yang mengetuai Biro Ruang Siber dan Dasar Digital Jabatan Negara.
Fick menyifatkan penggodaman yang disokong kerajaan China sebagai ‘strategi yang sangat komprehensif, multi-dekad, sumber yang baik, terancang dan dilaksanakan dengan baik.
Menurut laporan, pasukan penggodam berkenaan turut menggunakan nama Winniti, Barium, dan Wicked Panda.
APT41 telah mencuri selama lebih daripada satu dekad dan AS mempunyai sedikit jalan untuk menghalangnya.
Sumber: New York Post