Tengah Asyik Makan, Wanita Terkejut Temui Mata Kail Masih ‘Melekat’ Pada Ikan
Seorang wanita di Singapura terkejut setelah menjumpai mata kail yang masih ‘melekat’ pada isi ikan ketika sedang menikmati sup ikan bersama rakan sekerjanya, memetik laporan Mothership.
Menurut wanita itu, mata kail yang terdapat pada ikan tersebut jelas kelihatan semasa pekerjanya menghidangkan makanan tersebut dalam bekas lutsinar yang dibawanya.
Disebabkan itu, dia terus memaklumkan perkara tersebut kepada penjual berkenaan. Lebih teruk lagi, penjual tersebut tidak mempedulikan mereka dengan mengatakan gerainya tidak mempunyai kepala ikan serta tidak mahu menukarkan kepada bahagian ikan yang lain seperti yang diminta oleh wanita tersebut.
Tambahan lagi, penjual gerai tersebut bertindak seolah-olah tiada apa yang berlaku dan tidak mengambil peduli tentang isu tersebut. Malah, penjual tersebut mengatakan bahawa itu bukan salahnya kerana dia membeli ikan tersebut daripada pembekal.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual
Hal ini kerana, wanita dan rakan sekerjanya sudah menikmati separuh hidangan sebelum aduan mengenai ‘mata kail’ tersebut dibuat.
Bagaimanapun, selepas rakan sekerjanya mula meninggikan suara, pemilik gerai tersebut menawarkan untuk bayaran balik sebanyak RM26 (S$6).
“Saya menyeru orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika makan sup ikan terutamanya bagi golongan warga emas,” kata wanita itu.
Difahamkan pemilik gerai tersebut adalah seorang wanita berusia 53 tahun dan telah menjalankan perniagaannya sejak tahun 1990-an. Disebabkan itu, pemilik gerai sukar untuk mengesan benda asing memandangkan ikan tersebut telah dipotong.
Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular
Kenyataan tersebut disokong oleh seorang kakitangan gerai kerana isi ikan telah dipotong oleh pembekal sebelum dihantar ke gerai jadi agak sukar untuk melihat mata kail pada ikan yang masih tertanam di dalam isi ikan.
Tambahnya lagi, beliau mampu membayar pampasan kepada pembekal atas kecuaian mereka malah, gerai tersebut akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Bagaimanapun, pemilik gerai mengatakan ikan tersebut perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum dimasak dan mustahil ‘kepingan logam’ tersebut terlepas pandang.
Sumber: Mothership