Siakap Keli
Tulang Rusuk Patah Akibat Batuk
Kredit: Odditycentral

Wanita Terpaksa Dimasukkan Ke Wad, Empat Tulang Rusuk Patah Akibat Batuk

Wanita Terpaksa Dimasukkan Ke Wad, Empat Tulang Rusuk Patah Akibat Batuk

Seorang wanita terpaksa dimasukkan ke hospital dengan beberapa tulang rusuk patah disebabkan batuk yang berpunca daripada makan makanan pedas, lapor Oddity central.

Difahamkan, wanita yang dikenali sebagai Huang dengan ketinggian 171 cm dan berat hanya 57 kg itu mengakui bahawa dia mempunyai badan yang sangat kurus.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

Huang yang juga berasal dari Shanghai memberitahu bahawa dia sedang makan makanan yang pedas ketika itu yang menyebabkan dia mula batuk.

Malah keadaan menjadi lebih teruk apabila dia mengalami batuk yang teruk sehingga mendakwa terdengar bunyi retakan tulang dari bahagian dadanya. Disebabkan itu, dia mula mengalami kesukaran untuk bernafas dan bercakap.

“Pada mulanya, saya fikir saya mengalami strok, saya tidak menjangkakan ia akan sakit seteruk ini. Saya juga tidak dapat berjalan,” kata Huang.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Patah Empat Tulang Rusuk Selepas Batuk
Gambar Hiasan | Mohamed Hassan/Pixabay

Bagaimanapun, Huang berupaya untuk pergi ke hospital tempatan dan mendedahkan empat tulang rusuknya patah selepas mendapat keputusan daripada imbasan CT.

Justeru, doktor telah menjalankan banyak ujian ketumpatan tulang ke atasnya dan mengesahkan bahawa tulangnya patah disebabkan dia mempunyai otot yang lemah.

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

“Tulang rusuk anda boleh dilihat dengan jelas di bawah kulit. Tiada otot untuk menyokong tulang, jadi mudah untuk tulang rusuk patah apabila batuk,” lapor doktor bertugas.

Dalam kesempatan yang sama, doktor tersebut turut menasihatinya supaya tidak membahayakan diri (berkaitan tulang rusuknya) demi mengelakkan perkara yang sama daripada berulang.

Difahamkan, Huang kini perlu berehat dan menghabiskan masa sebulan dengan korset perubatan yang dibalut pada tubuhnya.

Disebabkan kejadian itu, Huang berhasrat untuk menambahkan berat badan dan meningkatkan jisim ototnya demi mengekalkan kesihatan tubuhnya terjamin.

Sumber: Odditycentral

Florence Nuar