Sungai Terpanjang Di Dunia Mengering, Fosil Singa Amerika Berusia 11,000 Tahun Ditemui
Baru-baru ini, salah satu sungai terpanjang di dunia, Sungai Mississippi yang dilanda kemarau menarik perhatian pemburu fosil apabila dua penemuan luar biasa daripada spesies zaman ais yang jarang ditemukan.
Pada 26 Oktober lalu, Wiley Prewitt yang sedang meneroka kawasan itu menemui sebatang gigi yang agak besar terkeluar dari pasir dan mendapati bahawa ianya merupakan tulang rahang fosil singa gergasi Amerika.
Spesies singa gergasi Amerika dikatakan telah pupus sejak 11,000 tahun yang lalu, lapor detikTravel.
Prewitt mengatakan bahawa dia hanya tahu gigi tersebut adalah fosil karnivor, tetapi tidak menyangka bahawa ia merupakan gigi haiwan yang sudah pupus itu.

Singa Amerika merupakan spesies yang hidup di Amerika Utara semasa zaman ais terakhir, menurut Perkhidmatan Taman Negara.
Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Singa ini dikenali sebagai Panthera atrox, yang bermaksud harimau kumbang yang menakutkan, spesies ini adalah 25 peratus lebih besar daripada singa Afrika yang ada pada masa ini.
Apabila berdiri, singa gergasi ini boleh mencapai ketinggian sehingga 1.2 meter dan panjang 2.5 meter.
Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular
Menurut Perkhidmatan Taman Negara, singa Amerika mempunyai berat antara 225 hingga 362 kilogram secara purata, walaupun beberapa yang terbesar mungkin melebihi 453 kilogram.

Selepas tiga hari penemuan fosil singa Amerika oleh Prewitt, Pameran & Simposium Fosil dan Artifak Mississippi menganjurkan program yang menampilkan fosil singa Amerika yang ditemui sebelum ini.
Prewitt mengambil fosil tersebut dengan harapan agar pakar dapat mengenal pastinya, namun dia tidak tahu betapa pentingnya penemuan itu untuk memahami lebih lanjut mengenai masa lalu Sungai Mississippi.
Sumber: detikTravel