Siakap Keli
Celine Dion Dedah Hidapi Penyakit "Rare"
Gambar: India Today

Celine Dion Dedah Hidapi Penyakit “Rare”, Terpaksa Tunda Semua Konsert

Celine Dion Dedah Hidapi Penyakit “Rare”, Terpaksa Tunda Semua Konsert

Celine Dion dilaporkan terpaksa menunda beberapa tarikh konsert jelajah Eropahnya selepas dia diagnosis sedang mengalami gangguan neurologi pada baru-baru ini, lapor CNN.

Gangguan neurologi yang rare itu difahamkan menyebabkan dia tidak boleh untuk “menyanyi seperti biasa”.

“Ianya hanya berlaku satu dalam sejuta orang. Sementara kami masih mendalami penyakit yang jarang berlaku ini, kami mendapati bahawa keadaan inilah yang menyebabkan saya sering kekejangan selama ini,” kata Celine Dion, 54 tahun dalam satu siaran video yang penuh emosi pada hari Khamis menerusi akaun Instagram miliknya.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Malangnya kekejangan ini menjejaskan setiap aspek kehidupan harian saya, kadang kala ianya menyebabkan kesukaran untuk saya berjalan dan tidak boleh menggunakan pita suara saya untuk menyanyi seperti biasa,” katanya lagi.

Menurut Institut Gangguan Neurologi dan Strok Kebangsaan, sindrom orang kaku ialah “sindrom yang jarang berlaku dan menjejaskan sistem saraf tunjang”.

“Gejala mungkin termasuk dalam kekakuan otot yang melampau, kekakuan dan kekejangan yang menyakitkan pada anggota badan, pergerakan yang teruk.

“Kekejangan boleh menghasilkan daya yang cukup kuat untuk mematahkan tulang,” kata institut itu.

Menurut institut itu lagi rawatan khusus akan memperbaiki gejala tetapi tidak akan menyembuhkan gangguan itu.

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

Celine Dion telah bergelut dengan masalah kesihatan tersebut untuk seketika dan dia juga mempunyai pasukan perubatan profesional yang hebat dan juga sokongan daripada anak-anaknya.

“Saya bekerja keras bersama ahli terapi perubatan sukan saya setiap hari untuk membina semula kekuatan dan keupayaan saya untuk beraksi semula. Tetapi saya harus mengakui ia adalah sebuah perjuangan,” kata Celine Dion.

Pemenang anugerah Grammy ini sempat berkata bahawa seumur hidupnya, dia hanya tahu menyanyi dan dia suka apa yang dia lakukan.

“Saya sangat merindui kamu semua. Saya rindu melihat anda semua, berada di atas pentas sambil membuat persembahan untuk anda. Saya sentiasa memberi 100% sewaktu membuat persembahan saya. Tetapi kini keadaan saya tidak mengizinkan untuk melakukannya,” kata Celine lagi kepada peminatnya.

Jelajah Celine Dion dikatakan bakal bermula pada musim bunga 2023 ini. Namun akan dijadualkan semula kepada tahun 2024.

Sumber: CNN

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka