Siakap Keli
Kredit JCB Tractors

Traktor Terpantas Di Dunia Lebih Laju Daripada ‘Kereta Sport’

Kalahkan Kereta “Sport”, Fastrac Two Dinobat Traktor Terpantas Di Dunia

Traktor yang dikenali sebagai JCB Fastrac Two ialah traktor keluaran pertama JCB Fastrac yang dipertingkatkan prestasinya hingga mampu mencapai kelajuan sehingga 247 kilometer sejam (km/j), lapor Oddity Central.

Beberapa tahun yang lalu, satu pasukan di syarikat pengeluar traktor JCB telah mencipta rekod baharu bagi traktor terpantas di dunia dengan versi traktor Fastrac yang diubah suai. Ia mencatatkan kelajuan purata 217.6 km/j dan kelajuan puncak sehingga 247 km/j.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Traktor itu dikuasakan oleh enjin Dieselmax 7.2 liter, 6 silinder proprietari JCB, Fastrac Two yang memecahkan rekod itu mempunyai kuasa puncah 1,016 kuasa kuda yang disokong oleh tork lebih 2,500 Nm.

Walaupun kuasanya telah dipertingkatkan, traktor ini mempunyai berat sehingga lima tan, jadi pasukan perlu membangunkan penyelesaian inovatif untuk meningkatkan aerodinamik bagi mencapai matlamat mereka.

Kredit JCB Tractor

“Mendapatkan traktor seberat lima tan untuk mencapai kelajuan 241.40 km/j dengan selamat dan berhenti bukanlah tugas yang mudah.

“Kami semua sangat berbangga kerana bukan sahaja mencapai matlamat ini tetapi telah melebihinya,” kata Ketua Pegawai Inovasi dan Pertumbuhan JCB, Tim Burnhope.

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

Menariknya, sebuah lagi traktor JCB Fastrac telah mencatat rekod kelajuan dunia hanya beberapa bulan sebelum rekod terbaru ini. Sebelum ini, kelajuan purata ialah 166 km/j, oleh kerana yakin dengan pasukan kejuruteraan mereka sendiri, pasukan itu telah membuat beberapa pelarasan dan mencubanya sekali lagi.

Pada November 2019, mereka berjaya memecahkan rekod mereka sendiri di Elvington Airfield, United Kingdom.

“Apabila kami mencapai 103.6 mph dengan Fastrac pada musim panas, saya yakin kami boleh pergi dengan lebih pantas dan pasukan JCB telah menyahut cabaran dengan mencipta rekod baharu ini.

“Ia satu pencapaian menakjubkan yang disampaikan oleh pasukan kejuruteraan yang muda dan bersemangat. Setiap orang yang terlibat seharusnya sangat berbangga dengan peranan yang telah mereka lakukan dalam mempamerkan kejuruteraan British pada tahap terbaiknya.” kata Pengerusi JCB Lord Bamford.

Sumber: Oddity Central

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.