Siakap Keli

Bertahun Temuduga Tapi Tak Pernah Dapat, Elok Kenal ‘Kabel’ Ni Terus Ditawar Kerja

Boleh kita katakan bahawa masalah pengangguran kini menyelubungi golongan belia setelah menamatkan pengajian. Tidak dinafikan, persaingan hebat menjadi salah satu sebab, namun, sampai bila perkara ini harus berlanjutan?

Daripada sebelum pandemik, ada yang berpendapat, masalah ini wujud atau semakin serius kerana mereka memilih kerja. Apa yang dipelajari selama bertahun-tahun di universiti, tiba-tiba dapat pekerjaan yang tidak sepadan dengan apa yang dipelajari, sudah pasti akan ada segelintir yang tak puas hati. 

Adakah betul-betul tiada pekerjaan?

Menerusi statistik daripada Jabatan Statistik Malaysia di bawah menunjukkan jumlah kekosongan jawatan setiap suku tahun, jumlah pekerjaan baru yang diwujudkan dan jumlah kekosongan yang dipenuhi.  Setakat ini, statistik ini hanya ada untuk dua suku, iaitu setakat S4 2017 dan S2 2018.

Di sini, mungkin kita mendapat sedikit gambaran, adakah betul-betul tiada pekerjaan, atau graduan yang dihasilkan tidak sesuai, tidak berkemahiran dengan kekosongan atau pekerjaan baru yang diwujudkan?

Guna ‘kabel’ Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) 

Bila dilihat, dalam keadaan sekarang ini, penting jika setiap individu ataupun golongan belia ini mempunyai ‘kabel’, dan pastinya, ini ‘kabel’ yang diiktiraf dan terbukti.

Yayasan Peneraju, sebuah agensi kerajaan tampil menawarkan pelbagai program pembiayaan akademik (Peneraju Tunas), pensijilan TVET (Peneraju Skil), profesional (Peneraju Profesional), teknologi (Peneraju Teknologi) dan spesialis (Peneraju Spesialis).

Objektif penubuhan yayasan ini adalah bagi meningkatkan kualiti, kuantiti dan kerelevanan bakat Bumiputera selaras dengan usaha kerajaan untuk memacu Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi.

Program Peneraju Skil tawar sijil ‘mahal’ buat majikan tertarik

Apa tidaknya, kemahiran/sijil tambahan dianggap sangat bernilai dalam pasaran pekerjaan negara dan antarabangsa dan sudah pasti bakal majikan terus tertarik. Tidak hairanlah jika mereka menawarkan gaji lumayan.

Bantuan kewangan dengan syarat kelayakan paling minimum hanya PT3 sahaja

Sehingga kini, lebih 50,000 individu dari pelbagai segmen Bumiputera di seluruh Malaysia termasuk kumpulan B40, M40, luar bandar dan terpinggir sudah berjaya mendapat pembiayaan pendidikan demi merealisasi aspirasi mereka.

Bukan sahaja bantuan kewangan, setiap penerima juga akan dilengkapkan dengan kemahiran insaniah dan sahsiah disamping kemahiran serta ilmu teknikal.

Yayasan Peneraju menawarkan pembiayaan penuh atau separa merangkumi yuran latihan, pensijilan dan peperiksaan ditanggung, elaun, penginapan, pengangkutan, makan dan minum, Program Pemupukan dan Pembangunan (Nurture and Development Programme) dan bantuan kewangan (bagi kategori individu bekerja atau tidak bekerja).

Kumpulan sasaran program ini termasuk graduan baru, tenaga kerja muda dan pekerja mahir termasuk golongan yang bekerja, tidak bekerja atau kehilangan pekerjaan.

Berikut antara program pembiayaan di bawah Peneraju Skil yang boleh dimohon mengikut kelayakan dan minat:

  1. Untuk Lepasan Sekolah yang berumur 18 – 25 tahun

Program

  • Boilerman
  •   Industrial Automation
  1. Untuk Lepasan SKM dan Pelajar Tahun Akhir IPT iaitu SKM Level 3 atau Pelajar tahun akhir Diploma/Ijazah Sarjana Muda yang berumur 18 – 25 tahun

Program

  • Professional CSWIP 6GC Welder
  •   Safety Health Officer
  1. Untuk Siswazah iaitu Lepasan Diploma/Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang berumur 19 – 35 tahun dengan pengalaman kerja 3 tahun ke bawah

Program:

  • Agriculture Drone Technology Program
  • AI Driven UAV Inspection Technology for Infrastructure and Asset
  • Automotive Industrial Certification Engineering – Digital Engineering Prototyping
  • Drone Technology
  • Electrical Machine Maintenance with IoT
  • Expert Craftsman in Automotive Hybrid Technology
  • Expert Craftsman in Machining Integrated Tooling Process
  • Expert Craftsman in Mechatronic – Electrical / Electronic Engineering
  • Expert Craftsman in Mechatronic – Mechatronic System
  • Expert Craftsman in Mechatronic – Pneumatics / Electropneumatics
  • Expert Craftsman Integrated Fixture Machining Process
  • Expert Craftsman Mechatronic – PLC Technology
  • Expert Mechatronic Integrated System (EMIS)
  • Grid Connected Photovoltaic (GCPV) Installation and Maintenance
  • Grid-connected Photovoltaic (GCPV) System Installation and Maintenance with Internet of Things (IoT)
  • Halal Technical Expert (HTEX)
  • Injection Moulding Machine Programming
  • Intelligent Sensors Technology and Monitoring
  • Multi Axis CNC Machine Process and Programming
  • Oil Palm Plantation Technology & Management
  • Safety & Health with Aerial Monitoring (SHOAM)
  • Siemens PLC Programming with IoT Integration
  • Solar PV Professional (Solar)
  • Professional Rolling Stock Maintenance
  1. Bagi Individu Bekerja/Tidak Bekerja iaitu yang sedang bekerja/diberhentikan kerja yang berumur 21 – 45 tahun dengan pengalaman kerja 3 tahun ke atas

Program

  • CSWIP Blasting & Painting Senior Operator
  • BGAS CSWIP Painting Inspector Grade 2
  • Oil & Gas Talent Acceleration – Scaffolding Level 3
  • Welding Inspector Level 1 (CSWIP 3.0)
  • Welding Inspector Level 2 (CSWIP 3.1)
  •   Welding Inspector Level 3 (CSWIP 3.2)

Tarikh tutup permohonan: Dibuka sepanjang tahun 2022 dan 2023

Untuk maklumat lanjut mengenai program-program di atas, layari https://yayasanpeneraju.com.my/program/peneraju-skil/ atau ikuti laman media sosial Facebook, Twitter, Instagram dan LinkedIn @Yayasan Peneraju. 

Nur Farra