Siakap Keli
Kredit: Bernama & KPM

Sesi Persekolahan Bagi Negeri Di Kumpulan A Bakal Bermula 19 Mac 2023, Negeri B 2O Mac 2023 – KPM

Sesi Persekolahan Bagi Negeri Di Kumpulan A Bakal Bermula 19 Mac 2023, Negeri B 2O Mac 2023 – KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan kalendar akademik bagi sesi 2023/2024 yang akan bermula pada pada Mac tahun depan.

Berdasarkan pengumuman tersebut, sekolah-sekolah yang tergolong dalam Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan memulakan sesi persekolahan bermula pada 19 Mac 2023 sehingga 9 Mac 2024.

Manakala, bagi sekolah-sekolah di negeri Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya), sesi persekolahan akan bermula 20 Mac 2023 dan berakhir pada 10 Mac 2024.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Selain itu, pihak KPM telah membuat keputusan untuk menangguhkan tarikh pembukaan sekolah bagi sesi persekolahan Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 supaya perjalanan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat dilaksanakan dengan lancar.

Dalam pada itu, KPM turut mengekalkan sesi persekolahan pada bulan Mac 2023 untuk memastikan pihaknya mematuhi Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998 (Pindaan) 2021.

Untuk makluman, peraturan tersebut menetapkan bahawa jumlah hari persekolahan dalam kalendar akademik hendaklah tidak kurang daripada satu ratus sembilan puluh (190) hari.

Gambar hiasan | Kredit: Bernama

KPM ambil maklum saranan dan maklum balas daripada semua pihak

Seterusnya, pihak KPM juga mendengar respon dan saranan daripada beberapa pihak untuk mengembalikan semula permulaan sesi persekolahan kepada bulan Januari.

Pihaknya berpendapat bahawa perkara ini boleh diimplemetasikan menerusi pemendekan tempoh cuti persekolahan secara berperingkat bermula daripada tahun 2023 sehingga 2026 disertai dengan pematuhan kepada jumlah hari persekolahan minimum dalam kalendar akademik.

Walau bagaimanapun, KPM mengambil keputusan untuk menangguhkan cadangan ini kerana mengambil kira kebajikan para guru, murid serta kesan terhadap ekonomi negara.

Bukan itu sahaja, pihak kementerian turut mengambil kira pelbagai perspektif daripada beberapa pihak untuk mengelakkan peperiksaan SPM daripada  diadakan pada bulan November dan Disember kerana bertembung dengan musim tengkujuh.

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

Hal ini disebabkan, peperiksaan SPM yang dijalankan semasa musim tengkujuh boleh menimbulkan tekanan kepada beberapa pihak seperti guru, petugas peperiksaan, ibu bapa dan murid.

Gambar hiasan | Kredit: Bernama

Melewatkan tempoh peperiksaan SPM pada lingkungan Februari atau Mac juga dapat memendekkan tempoh menunggu bagi calon peperiksaan tersebut sebelum menyambung pelajaran ke peringkat tertier.

Pada akhir kenyataannya, KPM menyatakan bahawa pihak akan sentiasa memantau keperluan dan kesesuaian dalam penyediaan kalendar akademik untuk tahun seterusnya bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara mapan.

Bagi sesiapa yang ingin memuat turun Kalendar Akademik Sesi 2023/2024, anda boleh berbuat demikian menerusi laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma