Siakap Keli
Kredit: Facebook

Tular Warga Emas Hilang 9 Hari Ketika Tunai Umrah Berjaya Ditemui

Tular Warga Emas Hilang 9 Hari Ketika Tunai Umrah Berjaya Ditemui

Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selama sembilan hari ketika menunaikan ibadah Umrah di Tanah Suci Mekah berjaya ditemui.

Warga emas yang bernama Ibrahim Omar itu telah ditemui pada sekitar pukul 3 petang oleh pihak mutawwif yang terlibat dalam misi pencarian warga emas terbabit.

Justeru, atas bantuan pihak yang terlibat membantu mengesan keberadaan Ibrahim di Tanah Suci, dia dijangkakan akan pulang ke Malaysia pada 14 Disember ini.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Ketika warga emas tersebut ditemui, dirinya berada dalam keadaan baik dan sihat walaupun wajahnya nampak sedikit lebam.

Dalam pada itu, Nabil Alkhred yang merupakan salah seorang mutawif yang terlibat dalam misi pencarian warga emas tersebut telah berkongsi kisah penemuan Ibrahim menerusi akaun Facebook miliknya.

“Saya tanya tidur dimana, Pak Ibrahim jawab dia tidur di tempat burung merpati kumpul.

“Hari hari dia menangis sambil mencari jemaahnya, name tag travel nya serta beg sentiasa dia pakai tapi tak jumpa juga jemaah malaysia, nak cakap arab tak tahu, jadi pak Ibrahim tak putus asa teruskan berjalan, hanya berhenti bila penat, dan tidur dimana rasa nak tidur,” tulisnya hari ini.

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

Menurut hantaran tersebut, muka Ibrahim mengalami kesan lebam disebabkan tersembam pada batu. Walau bagaimanapun, warga emas dari Langkawi ini tidak mengalami kecederaan yang teruk.

Kredit: Facebook

https://www.facebook.com/nabilalkhred/posts/pfbid0TePQdkBchHxuVpahMPKKsdVoRVJDhrn7DSAGgJP4HQ3HoAFu2BhWMQThvmGNKKTWl

Sebelum Ibrahim ditemui, anak perempuannya, Shila Ibrahim telah menzahirkan rasa sedih berikutan bapanya hilang ketika menjalani ibadah Umrah.

Shila Ibrahim telah membuat satu hantaran di akaun Facebook miliknya untuk menerangkan situasi bapanya yang masih tidak ditemui sejak minggu lepas.

Untuk makluman, ibu Shila yang turut mengikuti perjalanan tersebut, terpaksa pulang ke tanah air tanpa kehadiran suaminya.

Dalam hantaran tersebut, Shila menzahirkan rasa sedih atas apa yang menimpa dirinya dan keluarganya. Dia juga menganggap ini merupakan salah satu ujian daripada Allah S.W.T untuk memberikan kekuatan terhadap keluarga tersebut.

Pada akhir hantarannya, Shila mengucapkan terima kasih kepada para warganet yang tidak henti-henti mendoakan dan memberikan kata-kata semangat atas apa yang menimpa keluarganya.

BACA: Jemaah Wanita Kini Bebas Tunai Haji & Umrah Tanpa Mahram – Menteri Arab Saudi

Sumber: Shila Ibrahim & Nabil Alkhred  via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.