Siakap Keli
rafizi tak pakai rider
Gambar hiasan: Bernama

Ditanya Tentang Khidmat Pengiring, Jawab Rafizi “Saya Tak Pakai Rider,”

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menyatakan beliau tidak menggunakan khidmat pengiring atau ‘rider’ dalam urusan seharian jika di luar urusan rasmi kementerian.

Manakala bagi urusan rasmi, beliau hanya akan diiring oleh seorang pengiring sahaja.

Beliau berkata demikian di laman Twitter bagi menjawab persoalan seorang individu yang bertanya sama ada menteri Kerajaan Perpaduan menggunakan perkhidmatan tersebut atau tidak.

“Saya tak pakai rider. Pengiring hanya seorang dan hanya untuk urusan rasmi sebagai menteri.

“Di luar tugasan rasmi sama seperti dahulu, saya pergi seorang,” katanya dalam ciapan di Twitter hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut berkata tidak ada program kementeriannya yang digunakan untuk berkempen meraih undi.

“Insya Allah takkan ada porgram kementerian yang diguna untuk berkempen dapat undi.

“Prestasi sebagai menteri yang tentukan dapat undi ke tak,” tambah Rafizi lagi.

Sementara itu, seorang lagi individu bertanyakan soalan kepadanya tentang khidmat pengiring terhadap menteri-menteri kerajaan ketika sebelum ini.

Namun soalan itu dijawab dengan jawapan ringkas ‘tidak tahu’ olehnya.

“Sir boleh tanya tak? Rider menteri kerajaan sebelum ini diorang setiap kali nak ke mana-mana kena mohon dengan PDRM atau memang rider tu ditugaskan ikut diorang tanpa perlu mohon?” soal individu itu.

“Saya pun tak tahu. Setakat ini menteri memang tiada rider hahaha,” balas Rafizi berseloroh disusuli ’emoji’ gelak.

Sumber: Twitter Rafizi

Sumber: Rafizi Ramli/Twitter

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana