Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jangka Banjir Ketika PRU Tapi Tak Berlaku, Saya Yang Ditohmah – Ahmad Zahid

banjir ketika pru15
Gambar: Tangkap layar video

Keputusan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada November lalu boleh dianggap tepat walaupun banjir dijangka akan berlaku pada bulan atau sekitar waktu tersebut.

Demikian pendirian Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menjelaskan bahawa fenomena tersebut memang dijangka berlaku namun sebaliknya, ia tidak pun terjadi.

“Tetapi itu adalah jangkaan, sebagaimana dijangkakan pilihan raya diadakan ketika musim banjir. Tetapi banjir tidak berlaku, yang kena tohmahan adalah saya.

“Tapi Alhamdulillah, Allah SWT memihak kepada saya,” katanya dalam satu sidang media pada Selasa.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JBPB) berkata walaupun jangkaan dibuat tetapi kesiapsiagaan dalam menghadapi bencana itu adalah perlu.

“Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah menunjukkan bermula pada 17 Disember pada bulan ini, perkara sebegini (banjir) dijangkakan berlaku.

“Dalam perkara ini juga, untuk 17 Disember ini saya harap walaupun MetMalaysia menjangkakan akan berlaku hujan lebat dan mengakibatkan banjir, kita berdoa dan kita berusaha supaya perkara ini tidak berlaku, namun kesiapsiagaan mesti dilakukan.

“Koordinasi bukan sahaja dilakukan di peringkat pusat, tetapi di peringkat negeri dan juga di peringkat daerah serta di kawasan Pusat Pemindahan Sementara,” tambah Ahmad Zahid lagi.

Sebelum ini, Ahmad Zahid mendapat kecaman setelah membuat gesaan untuk mengadakan PRU15 pada musim tengkujuh disebabkan oleh kekangan yang dihadapi.

Media turut melaporkan beberapa pusat mengundi di kawasan Parlimen Sepang telah berpindah ke lokasi lain susulan bangunan premis tersebut yang dilanda banjir.

Antara pusat mengundi lain yang perlu dipindahkan ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Dengkil yang tenggelam sehari sebelum pengundian bermula.

Sumber: Awani