Lain Dari Lain, YouTuber Pakistan Hadiahkan Anak Keldai Pada Isteri Ketika Bersanding
Memilih hadiah perkahwinan merupakan salah satu perkara yang paling sukar untuk diputuskan kerana seseorang itu harus mengetahui apa yang disukai oleh pasangan mempelai.
Hadiah untuk pasangan pengantin ini sebenarnya banyak yang boleh diberi, ia atas kehendak diri sendiri mahu berikan dalam bentuk atau jenis apa.
Namun, berbeza pula dengan tindakan seorang Youtuber dari Pakistan kerana dia telah menghadiahkan hadiah yang unik kepada isterinya semasa majlis perkahwinan mereka iaitu dengan menghadiahkan seekor haiwan.
Azlan Shah yang berasal dari Karachi, Pakistan itu menghadiahkan pengantin perempuannya, Dr Warisha Javed Khan, seekor anak keldai pada hari perkahwinan mereka, lapor The Economic Times.
Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual
Youtuber tersebut menjelaskan sebab mengapa dia memilih anak keldai berbanding hadiah lain dan alasan yang diberikan ringkas tetapi sangat menyentuh hati.
Azlan mengatakan bahawa isterinya, Warisha amat menyukai keldai dan menganggap bahawa ia merupakan haiwan yang sangat rajin dan penyayang.
Dalam sebuah video yang dikongsikan oleh Azlan, dia sedang membawa seekor keldai ke majlis perkahwinan dan menghadiahkanya kepada Warisha.
Menurut The Economic Times, isterinya, Warisha yang juga merupakan seorang bintang media sosial itu sangat gembira menerima hadiah pemberian suaminya itu sambil membelai dan mengusap kepada anak keldai tersebut.
Video majlis perkahwinan mereka yang dikongsikan di laman Instagram Azlan menjadi tular di media sosial sehingga mendapat 315.8K tontonan, 56.2 tanda suka dan 683 komen.
Terdapat ramai juga pengguna laman Instagram yang berpendapat bahawa tindakan Azlan terhadap isterinya itu romantik.
View this post on Instagram
Sumber: The Economic Times