Siakap Keli
kunci perancis maghribi
Gambar: AFP

Bekas Penyerang Indonesia Kongsi ‘Kunci’ Macam Mana Perancis Nak Tapau Maghribi

Bekas pemain sayap pasukan kebangsaan Indonesia, Andik Vermansah, memberi menjangkakan bahawa Perancis tidak akan mengalami kesukaran untuk meraih kemenangan atas Maghribi pada perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2022 di Stadium Al Bayt pada esok.

Ketenangan adalah kunci kemenangan Perancis

Menurut pemain Bhayangkara FC, Perancis boleh mendapatkan kemenangan dengan mudah ke atas satu-satunya negara yang mewakili benua Afrika buat masa ini jika pemainnya mampu mempamerkan aksi dengan lebih tenang dan tidak terburu-buru pada awal minit perlawanan.

Katanya lagi, kekalahan Portugal ke atas Maghribi pada perlawanan suku akhir lalu berpunca daripada gaya permainan anak didik Fernando Santos yang kelihatan agak kurang kemas.

Terdahulu, Portugal tewas menerusi jaringan tunggal Youssef En-Nesyri pada minit ke-42, biarpun mengawal keseluruhan perlawanan dan melancarkan serangan bertali arus ke gawang Maghribi.

Berdasarkan perlawanan tersebut, Andik menyimpulkan bahawa kesabaran akan menjadi kunci utama yang membolehkan Les Bleus mengalahkan The Atlas Lions kelak.

“Saya pasti bahawa pasukan yang mendominasi perlawanan nanti adalah Perancis. Jadi, yang perlu kita lihat hanyalah pada tahap kesabaran Perancis sahaja. Sebelum ini, saya melihat Portugal agak terlalu tergopoh gapah pada awalnya dan akhirnya mereka tewas.

Kredit: Twitter

“Menurut persepktif saya, jika Perancis tidak tergopoh-gapah, saya dapat merasakan bahawa mereka mampu mengalahkan Maghribi dengan mudah sekali,” kata Andik kepada Bola.com

Andik kagum akan pencapaian Maghribi

Meskipun meramalkan kemenangan Perancis, beliau juga menzahirkan rasa kagumm dan hormat ke atas pasukan Maghribi.

Ini disebabkan mereka berjaka mengukirkan lembaran baharu dalam sejarah bola sepak dunua iaitu, menjadi negara Afrika pertama yang layak ke peringkat separuh akhir Piala Dunia.

Kredit: Twitter

“Maghribi mampu ke mara ke peringkat ini kerana para pemainnya sangat berdedikasi dan berkerja keras semasa menjalani latihan,” kata Andik yang juga pernah bermain di Malaysia bersama Selangor FA dan Kedah FA.

Secara peribadinya, Andik juga menggemari corak permainan yang dimiliki oleh Sofyan Amrabat. Pemain Fiorentina tersebut dianggap menjadi salah satu tonggak bagi persembahan Maghribi di Piala Dunia 2022.

Kredit: Twitter

“Mengenai Maghribi, saya mengakui bahawa dari penjaga gol sampailah penyerang, semuanya telah berkerja keras. Saya amat menyukai pemain tengahnya.

“Pemain Fiorentina tersebut memiliki kelasnya tersendiri. Walaupun namanya tidak tergolong dalam kalangan pemain-pemain elit, namunkehadirannya dalam pasukan tersebut sangat memberikan impak kepada permainan Maghribi” ujar Andik.

Maghribi memiliki peluang yang agak tipis

Sungguhpun begitu, kerja keras dan kehadiran sosok Sofyan Amrabat dinilai masih belum memadai bagi Maghribi untuk  mengalahkan Les Bleus di Piala Dunia 2022, menurut Andik.

Hal ini kerana, Perancis juga memiliki para pemain yang luar biasa dari Hugo Lloris, Olivier Giroud, hinggalah bintang utama, Kylian Mbappe.

Tambahan, pasukan didikan Didier Deschamps itu lebih berpengalaman dan memegang status sebagai juara bertahan.

Krediy: AFP

BACA: Menjelang Semi-Final Perancis vs Maghribi, #DimaMaghrib Jadi Trending, Apa Maksudnya?

Sumber: Bola.com

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma