Siakap Keli
gambar hannah yeoh atas meja
Gambar: Twitter Hannah Yeoh

Gambar Viral Kena Edit, Hannah Yeoh Terhibur Yang Ini Paling ‘Win’

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mempamerkan reaksi positif terhadap gambar-gambar yang telah disunting oleh warganet di laman Twitter miliknya, baru-baru ini.

Sebelum ini, Hannah Yeoh dan timbalannya, Adam Adli telah membuat tinjauan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur untuk melihat keadaan padang di fasiliti berkenaan.

Namun aksi mereka berdua yang berdiri di atas padang sambil kedua-duanya memasukkan tangan ke dalam poket seluar dan menunduk memerhatikan padang meraih perhatian warganet.

Justeru gambar tersebut diambil dan disunting menjadi pelbagai ‘meme’ kelakar yang menghiburkan orang ramai sebelum dikongsikannya di Twitter pagi tadi.

“Belia Malaysia ni sangat kreatif buat memes gambar saya dan @AdamAdli melawat Stadium Nasional Bukit Jalil meneliti padang di sana. Tak apa kami sporting kreativiti luar biasa.

“Cristiano Ronaldo, Stephen Chow, Michael Jackson dan belalang pun ada,” tambah beliau.

Gambar berdiri atas meja dalam kelas paling ‘win’

Namun, dalam banyak-banyak yang disunting, Hannah Yeoh mengatakan bahawa gambar yang ‘terpaling win’ disunting adalah aksi mereka berdua seolah-olah dihukum  ‘berdiri di atas meja’.

“Guys I just cannot. I think yang ni terpaling win! @AdamAdli

Gambar tersebut meraih lebih 7,100 tanda suka, 1,800 ‘retweet’ serta dihujani dengan pelbagai komentar menarik.

Malah, sikap Hannah Yeoh yang bersahaja membalas komentar turut meraih perhatian daripada warganet.

“Stay cool minister..” kata Ahmad Fadzli.

Hannah Yeoh
Gambar: Hannah Yeoh | Twitter

“Yang ini yang kita mahu. Bukan yang melatah. Menghargai kreativiti belia. Paling penting aku sebagai belia percaya menteri baharu ni dapat memberi nilai tambah,” kata Langup.

Hannah Yeoh
Gambar: Hannah Yeoh | Twitter

Dalam perkembangan lain, Malaysia bakal bertemu dengan pasukan Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menghadapi saingan kempen Piala Mitsubishi Electric AFF 2022.

Umumnya mana-mana perlawanan bola sepak di stadium berkenaan pastinya akan dikenakan caj tiket terhadap penyokong yang hadir.

Walau bagaimanapun harga tiket yang diumumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedikit sebanyak dipercayai menimbulkan keresahan ramai ekoran nilainya yang dikatakan mahal.

Difahamkan rata-rata penyokong Harimau Malaya tidak berpuas hati dengan kadar harga yang diumumkan tersebut iaitu RM50, di mana ia telah naik sebanyak RM20 berbanding harga kejohanan sama dua tahun lalu.

Sehubungan itu Hannah selaku menteri berkaitan memohon FAM untuk pertimbangkan semula kadar harga tiket  demi kebaikan awam.

BACA JUGA: Hannah Yeoh Mohon FAM Pertimbang, Turunkan Lagi Harga Tiket Tier Terbuka

Sumber: Hannah Yeoh | Twitter

 

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.