Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Mesti korang pelik kan? Tiba-tiba ja cakap yang najis korang tu berharga, siap kata bahan ‘buangan’ yang kita singkirkan daripada badan setiap hari itu ada ‘harga’ yang tersendiri. Bahan buangan biasanya difahamkan dengan unsur negatif iaitu kotor dan busuk. Pun begitu, di sebalik unsur busuk dan kotor tersebut, sebenarnya najis korang tu sangat bernilai tinggi dalam kehidupan kita sebelum ini, sekarang dan akan datang.
Kenapa min cakap macam tu? Sebenarnya kenyataan di atas adalah sangat betul. Sebabnya, bahan buangan manusia ini adalah salah satu sumber yang sangat berharga. Manakan tidak, bahan buangan itu boleh dikitar semula dan dibekalkan untuk kegunaan industri sama ada dalam bentuk air ataupun gas. Bagai dibuang tanpa rasa, berjasa tanpa nama, mungkin itulah perumpamaan yang boleh disesuaikan dengan situasi betapa berharganya najis korang.
Sekali sekala berasa geli juga untuk membincangkan perkara sebegini, namun jangan tidak tahu antara produk yang boleh dihasilkan daripada buangan manusia adalah bio-gas. Bio-gas ini sangatlah penting kerana ia boleh menjana elektrik.
Buangan manusia juga boleh dijadikan baja tumbuhan bukan makanan dan juga beberapa perkhidmatan teknikal yang lain.

IWK telahpun memulakan inisiatif air pulih guna di mana air sisa kumbahan yang dirawat dari loji rawatan kumbahan IWK akan melalui proses rawatan sekali lagi di Loji Air Pulih Guna yang dapat diguna semula bagi kegunaan industri (bukan minuman).
Bagi inisiatif ini, IWK telah pun membentuk kerjasama dengan operator air iaitu Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) Sdn Bhd, melalui syarikat tujuan khas, Central Water Reclamation Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dimiliki bersama oleh Air Selangor dan IWK.
Melalui kerjasama ini, syarikat tersebut akan menguruskan air sisa terawat daripada loji rawatan kumbahan IWK bagi membekalkan air sisa terawat bukan minuman kepada industri yang bersesuaian. Loji Air Pulih Guna berkenaan akan menghasilkan air pulih guna yang boleh diguna oleh sektor perkilangan untuk tujuan pemprosesan, mencuci, mencairkan, penyejukan dan sebagainya.
Pastinya, kegunaan air pulih guna ini boleh menjimatkan sumber air bersih negara, sekali gus boleh jadi sumber air kedua negara!
Bila dah bercakap mengenai najis, secara automatik korang perlu terlebih dahulu mengetahui mengenai Biopepejal dan apa itu Askar Lalat Hitam atau Black Soldier Fly.
Biopepejal merupakan bahan organik yang boleh dikitar semula melalui proses rawatan kumbahan dan digunakan sebagai baja.
Menurut IWK, biopepejal juga boleh dicampur dengan sisa organik lain untuk diguna sebagai makanan kepada Askar Lalat Hitam. Seterusnya, Askar Lalat Hitam boleh dituai untuk menghasikan hidangan protein penuh lemak dan dijadikan makanan bagi ikan hiasan.

Apa benda Askar Lalat Hitam ni? Nama saintifiknya Hermetia Illucens adalah spesies lalat yang terdapat di negara beriklim tropika yang digunakan bagi memproses pelbagai jenis bahan buangan organik harian, selain memelihara sumber alam semula jadi dan mengurangkan pencemaran alam.
Dengan inisiatif IWK ini, pelupusan biopepejal ke tapak pelupusan juga dapat dikurangkan secara tidak langsung. Korang juga perlu tahu, sebelum ini biopepejal yang dirawat IWK akan dibuang ke daratan, namun dengan adanya Askar Lalat Hitam, sisa kumbahan ini dijadikan makanan untuknya.
Proses penggunaan atau kitar semula ini juga boleh mengurangkan pelepasan Gas Rumah Hijau (GRH). Bagi IWK, mereka mempunyai sasaran untuk mencapai 100% kitar semula biopepejal menjelang 2030 dan kurangkan 11,500 tan metrik gas GRH setahun. Jadinya, berbalik pada permulaan artikel ini, mungkin sekarang korang dah setuju bahawa bahan buangan kita sangat berharga dan mahal.
Selama hampir 30 tahun, IWK juga telah menyelenggara sistem pembetungan serta menguruskan sisa kumbahan yang cekap di Malaysia. Disebabkan perkhidmatan cemerlang, perjanjian konsesi IWK telahpun dilanjutkan sehingga 31 Disember 2034 iaitu lagi 12 tahun lagi.
Pelanjutan ini juga meliputi pelaksanaan aktiviti perniagaan bukan tarif oleh IWK. Perkara ini bermakna IWK boleh melaksanakan perniagaan bukan teras (non-core business) dan inisiatif hijau untuk menambah aliran pendapatan utamanya.

Seperti yang dilaporkan dalam Laporan Kelestarian IWK 2021, Ketua Pegawai Eksekutif IWK berkata “Ini merupakan kelulusan penting untuk IWK kerana ia membolehkan kami memperoleh hasil tambahan untuk membina sumber kewangan yang stabil bagi menyokong operasi sistem pembentungan bagi jangka masa panjang.”
Sekarang korang faham kan bahawa sistem pembetungan negara kita kini sangat cekap dan telah melalui pelbagai usaha pemodenan. Semua ni, kita kena bagi tanda kasih kita kepada pekerja IWK yang sememangnya wira tidak didendang! Tanpa IWK, bayangkan siapa nak uruskan najis kita semua?